Pelakon Intan Najuwa, 24, tidak mahu mengulas lanjut mengenai status terkini dengan bekas tunangnya yang juga ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 40.
Jelas Intan, dia kini memilih untuk menyimpan sendiri hal peribadi berbanding menghebahkannya kepada umum. Malah dia juga selesa dengan pendirian tersebut.
“Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami masih baik cuma untuk mengulas lanjut mengenai status hubungan kami secara terbuka, saya tak mahulah komen.
“Rasanya sebelum ini pun, semua sudah tahu apa yang berlaku dalam hubungan kami. Cuma buat masa sekarang, saya tidak boleh nak umumkan status saya dengan bekas tunang.
“Saya sekarang ni lebih kepada ‘go with the flow’. Doakan yang baik-baik. Apapun, saya akui banyak belajar dari apa yang terjadi dahulu.
“Jadi oleh sebab itu, saya mahu menyimpan sendiri apa yang terjadi dalam hubungan saya,” katanya.
Intan turut menambah, hubungannya ketika ini agak ‘complicated’ untuk dijelaskan tetapi masih lagi baik dan positif.
“Ada banyak hati yang perlu saya jaga, hati keluarga saya serta pihak di sebelah sana juga. Jadi, ada baiknya saya berdiam.
“Saya minta semua orang faham sebab mengapa saya mahu menyimpan sendiri. Saya juga mohon doa yang baik-baik dari semua pihak,” katanya kepada MH.
Mengulas mengenai reaksi bekas tunang terhadap statusnya sekarang, Intan mengakui si dia memahami dan memberi ruang buatnya untuk fokus dalam lakonan.
“Dia faham dan sekarang pun masing-masing mahu fokus terhadap apa yang dilakukan sekarang. Saya sendiri pun memang mahu fokus dengan lakonan dan bisnes tahun ini.
“Setakat ini semuanya berjalan dengan baik,” katanya yang sebelum ini pernah bertunang dengan Razrul pada 18 Ogos 2019 namun mereka putus sekitar Februari 2020 lalu.
Bagaimanapun, Intan kembali memuat naik foto mesra bersama Razrul pada Jun 2020 dan semenjak itu, bintang ini masih belum menjelaskan status hubungannya dengan lelaki berkenaan secara terperinci.
Intan ditemui di lokasi penggambaran drama 28 episod, Tak Sempurna Mencintaimu terbitan Zeel Production yang bakal bersiaran slot Akasia di TV3 Mac depan arahan Emi Suffian.
Selain Intan yang memegang watak sebagai Siratul dalam karya adaptasi novel berjudul sama nukilan Rehan Makhtar ini, pelakon lain yang turut sama terlibat ialah Redza Rosli, Rita Nadhira, Wan Maimunah, Datuk Ahamd Tarmimi Siregar, Lydiawati dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan usahawan menjawab pertanyaan ramai yang bertanya mengenai penampilannya yang dilihat mencukur licin jambang pada hari perkahwinan bersama Ayda Jebat, Jumaat lalu.
Sinonom dengan imej berjambang sebelum ini, Nabil mendedahkan dia tampil sedemikian bagi memenuhi permintaan isteri tersayang.
“Dari awal dia memang suka kalau saya cukur licin jambang. Cuma kalau nak diikutkan, saya lebih suka simpan, nampak lagi macho dan ‘garang’.
“Tapi demi hari bahagia kami, saya okay sahaja tampil sedemikian,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia menghalang Ayda dari terus aktif dalam seni, bekas hos program HLive! ini tidak mahu menyekat selagi tahu menjaga batas sesuai dengan status sekarang.
“Saya tiada halangan asalkan dia tahu bezakan baik yang buruk, termasuk dalam soal pemakaiannya. Tak naklah seksi sangat,” katanya lagi.
Terdahulu, Nabil, 33, dan Ayda, 29, selamat diijab kabulkan di masjid Al-Taqwa, TTDI, Kuala Lumpur,dengan sekali lafaz pada 1 Jahuari lalu.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat dinikahkan Ustaz Rozimi Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI) dengan disaksikan oleh bapa pihak pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan Wan Jean Basri Wan Othman.
Majlis yang dilangsungkan secara sederhana mengikut rutin normal baharu, hanya dihadiri ahli keluarga dan tetamu terdekat kedua belah pihak.
Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Nabil sebelum ini melamar Ayda selepas mereka menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.
Pasangan selebriti ini mencuri tumpuan apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.
Foto: Instagram Nabil Mahir, Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.