Pasangan penyanyi, Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie akhirnya mengumumkan nama anak pertama mereka yang selamat dilahirkan pada 27 November lalu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Azzam dan isteri sepakat memberikan nama Azzalea Safiyya buat puteri sulung mereka.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kami perkenalkan puteri sulung kami yang diberi nama Azzalea Safiyya Binti Muhammad Azzammuddin.
“Semoga @azzalea_safiyya menjadi anak yang solehah, membesar dengan sihat, sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta berjaya dunia akhirat,” tulis Azzam di ruangan kapsyen.
Dalam entri yang sama, Azzam atau nama sebenar Muhammad Azzamuddin Lop Hisham, 25, turut menitipkan doa buat mana-mana pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata beroleh rezeki yang sama di kemudian hari.
“Terima kasih buat semua yang mendoakan kebaikan buat keluarga kecil kami. Semoga segala doa yang baik dibalas dengan kebaikan. Kami juga mendoakan buat semua pasangan yang menanti zuriat agar dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah serta dipermudah segala urusan dunia akhirat,” tulis Azzam.
Serentak dengan pengumuman nama anaknya, Azzam turut membuka akaun Instagram buat menyimpan kenangan berkaitan puterinya itu.
Ads
Setakat ini, akaun tersebut sudah mempunyai lebih 2,000 pengikut.
Azzam juga berkongsi gambar menunjukkan bahagian bibir Azzalea di laman tersebut.
Ads
Sekadar info, juara Big Stage 2020 ini berkahwin dengan Sheryl pada 1 Januari lalu di Taman Medan, Petaling Jaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Azzam Sham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski belum pun dilancarkan secara rasmi, namun promosi awal kempen tudung bawal jenama MINAZ yang menampilkan aktres popular, Nora Danish mendapat kritikan netizen.
Ada netizen yang mengkritik gara-gara memilih ibu kepada dua cahaya mata itu yang ‘free hair’. Malah penampilan aktres berkenaan yang pernah didakwa pernah tampil seksi dilihat bertentangan dengan jenama kempen tudung berkenaan.
Lalu, pelbagai persoalan timbul termasuk kenapa perlu mengambil selebriti berpengaruh yang tidak berhijab untuk mempromosikan jenama tudung?
Nora tampil memberikan reaksi seterusnya mengakui sudah imun dan kebal dengan segala kecaman yang diterima.
“Menjayakan kempen tudung itu atau sebaliknya, saya percaya itu dinamakan rezeki. Saya juga percaya membuat sesuatu yang baik termasuk menjayakan jenama yang memerlukan pemakaian tudung ini tidak pernah ada salahnya.
“Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu akan dibukakan hati saya ke arah itu (bertudung). Semua ini sama seperti kita mendoakan sesuatu yang diharapkan. Ini juga bukan kali pertama saya ditawarkan tugasan mempromosikan jenama tudung.
“Jadi saya sudah terbiasa dengan situasi sebegitu. Kecaman demi kecaman itu lumrah kehidupan manusia. Ia boleh terjadi bukan saja bukan hanya kepada artis tetapi semua golongan termasuk pendakwah dan ahli politik,” katanya yang menjadi wajah kempen jenama tudung itu sejak Oktober lalu.
Malah ibu kepada dua cahaya mata Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, dan Mohamed Neqayl Nedim, 3, berpendapat, seksi itu bersifat subjektif.
“Bagi saya seksi atau sebaliknya, ia terletak atau bergantung kepada mata yang memandangnya. Kalau baik yang dilihatnya… maka baiklah jadinya. Kalau gatal pandangannya, maka gatallah.
“Yang penting, saya hanya ingin menjadi diri sendiri. Tetapi, saya nak ucap terima kasih kepada netizen yang memberi komen membina. Saya sayang anda semua.
“Insya-Allah, doa baik-baik. Bagi kelompok netizen yang tahu dan asyik nak kecam saja, hentikanlah. Perbuatan buli siber tidak baik sebenarnya,” katanya.
Pemilik nama lengkap Nora Mohd Danish Hanif turut menambah, dia tidak mahu ‘larut’ dengan hal yang berbaur negatif.
“Saya memang kebal bab kecaman ini. Saya tak baca mana mana komen atau blog yang menghentam atau cari silap.
“Kalau saya tahu pun cerita ini daripada kawan atau rakan media yang mengajukan soalan berkaitan. Tapi tak apalah, tak perlu saya ambil peduli. Ia seperti menghabiskan tenaga untuk perkara tak perlu.
“Malah saya pada satu tahap tak menyekat pun akses atau memadamkan komen negatif ditinggalkan warganet. Kadang-kadang tak perasan pun sebab terlalu banyak komen,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif jenama MINAZ, Hafiza Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ menyatakan keputusannya memilih Nora mempromosikan kempen Blossom 2.0 adalah tepat.
“Hari pertama ketika Nora didedahkan sebagai wajah kempen di media sosial termasuk Instagram rasmi pun memang ramai yang beri maklum balas berbaur positif dan sebaliknya.
“Ada juga di kalangan peminat bertanyakan kenapa saya perlu pilih Nora kerana tak sesuai penampilan sebenarnya dengan tudung dipakai.
“Saya dimaklumkan oleh team sehinggakan ada yang nak boikot dan tidak mahu menyokong lagi keluaran produk kami. Pada saya, lebih gemar untuk memandang sesuatu perkara itu pada sudut yang positif.
“Ada juga yang suka dengan pemilihannya sebagai wajah kempen. Stokis dan agen pun suka sebab Nora sendiri punyai ramai pengikut di Instagram,” katanya.
Pada masa sama, pemilihan Nora yang lembut dan manis raut wajahnya sekaligus kena dengan konsep bunga pada rekaan tudung.
“Personaliti Nora ceria dan mudah didekati. Saya yakin boleh pengaruh ramai lagi wanita mengenali jenama kami dan sertai keluarga MINAZ Hijab. Semua maklum balas baik yg positif atau negatif kami terima dengan hati yang terbuka.
“Tapi siapa tahu suatu hari nanti, usaha ini membuka hatinya untuk bertudung dan memilih jenama ini untuk menyuntik semangat. Malah kurang satu jam ketika dibuka untuk pra tempahan 25 Oktober lalu, sebanyak 150,000 helai tudung bawal kempen membabitkannya terjual.
“Ia sekaligus buka ruang untuk bantu lebih 4,000 agen dan stokis seluruh Malaysia jana pendapatan dari rumah di era pandemik COVID-19. Kempen ini akan dilancarkan pada 8 November ini,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usia ternyata bukanlah penghalang bagi seseorang itu untuk menimba ilmu. Asalkan ada kemahuan, segalanya pasti mampu digapai.
Bagi pelakon dan pelawak senior, Shamsul Ghau Ghau pula, dia berasa amat bersyukur apabila diberikan kesempatan untuk menyambung pengajian ke peringkat kolej.
Menurut, Shamsul atau nama sebenarnya, Shamsul Azahar Aliddin, bermula pada tahun ini, dia bakal melanjutkan pengajiannya dalam bidang syariah.
“Salam Jumaat Barokah. Ujian Allah pelbagai bentuk dan rupa. Rezeki Allah juga dari pelbagai bentuk dan rupa.
“InsyaAllah 2022 Pak Su akan memulakan pengalaman baharu sebagai seorang Mahasiswa di @kolej_daralhikmah .
“Insya Allah Pak Su akan Menyambung Pendakian Ilmu Pak Su dalam Ilmu Syari’ah. ‘Belajarlah Walau Sampai Ke Negara China’,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Senario The Movie itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Shamsul turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga segal urusannya sewaktu menyambung pengajian akan dipermudahkan.
“Doakan Pak Su yer. Syukur Ya Allah. Terima Kasih Ustaz @fauwazfadzilnoor
dan semua tenaga pengajar di Kolej Dar Al Hikmah kerana sudi menerima Pak Su sebagai murid,” ujarnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Shamsul itu.
“Teruskan Pak Su jangan penat.
“Wah, Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati ilmu Pak Su dan permudahkan segala urusan Pak Su di dunia dan akhirat.
“Demi mengejar impian.
“Selamat datang. Semoga dapat bersua,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, selain aktif berlakon, Shamsul juga kini banyak melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Shamsul Ghau Ghau
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah diakhir kes pembelaannya.
Bagi pertuduhan pertama, Rosmah didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pembantu peribadinya, Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.
Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Memetik Sinar Harian, Rosmah, 71, didakwa melakukan perbuatan itu di Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini antara Mac dan April 2016.
Bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jejak Holdings mendapatkan projek itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, pada 7 September 2017.
Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa pada 20 Disember 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber/Foto: Sinar Harian/Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Andi Bernadee, kembali memikat peminat dengan single terbaharunya berjudul Siapakah Namamu, sebuah lagu yang mengangkat kisah indah pertemuan cinta yang tidak...