MH rasa ingatan korang semua mesti masih segar lagi dengan kontroversi yang melibatkan pelakon Fathia Latiff dan Dira Abu Zahar berkaitan isu kelantangan Fathia untuk menyuarakan hak rakyat menerusi akaun Twitternya.
Kali ini personaliti popular, Azwan Ali juga turut memberikan nasihat kepada Fathia menerusi satu sumber dia berkata tidak salah untuk seseorang artis bersuara namun biarlah berpada-pada.
“Dia (Fathia) siapa? Siapa pelakon Malaysia yang hebat? (Contohnya) Erra Fazira lah. Ini Erra Fazira yang primadona itu pun diam saja.
“Saya bukan dengki dengan dia tapi bukan masa dia nak bercakap, dia budak baru sangat. Ke dia nak cari populariti?,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Azwan lagi, dia berkata sedemikian setelah berita Fathia mendakwa dirinya diserang oleh seorang individu beberapa hari lalu.
Azwan juga bersetuju dengan pendapat Dira supaya Fathia fokus dengan kerjayanya sebagai pelakon.
“Itulah kau dik, bak kata Dira pergi belajar berlakon kan? Kau sibuk nak perjuangkan politik.
“Lepas itu kau meroyan bising dapat peluru… pergi buat Bigo Live lah bahagian dua,” katanya lagi seolah-olah mengingatkan Fathia dengan kontroversi Bigo Live yang pernah menjadi viral beberapa bulan lalu.
Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Azwan, tidak salah untuk bersuara namun haruslah berpada-pada kerana dikhuatiri ada pihak yang tidak berpuas hati dengan suara kita. Perkara seperti ini boleh membahayakan keselamatan diri sendiri.
Mungkin jika ada yang ingin bersuara mengenai hal rakyat, gunakanlah landasan yang betul dan bukannya media sosial sebagai medium untuk bersuara.
Sumber: Mstar Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI