“Azwan Ali Makin Handsome, Suara Kak Lina Sedap,” – Nyanyi Suci Dalam Debu ‘Live’, Warganet Puji Elly Mazlein & Diva AA

Share

Nyanyian semula lagu Suci Dalam Debu oleh Azwan Ali dan Elly Mazlein sebagai membuka program Lagu Cinta Kita 2 episod keempat yang dikendalikan mereka malam tadi mencuri perhatian wargamaya.

Rata-rata memuji kebolehan keduanya dalam menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Kumpulan Iklim itu dengan baik.

Malah, sedutan video nyanyian mereka yang dikongsikan menerusi saluran YouTube TV3MALAYSIA Official juga sudah pun ditonton lebih 35,000 kali kurang 12 jam selepas ia dimuat naik.

Berikut antara komen yang diberikan pelayar YouTube apabila menonton persembahan mereka;

Lagu Cinta Kita 2 menemui penonton TV3 secara siaran langsung pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam dan program ini 

juga boleh strim live HD di www.tonton.com.my dan Youtube TV3 Malaysia.

IKLAN