Baru- baru ini, MH dijemput secara eksklusif ke kediaman komposer Julfekar bagi sesi pra-dengar album terbaru Azharina yang bakal dipasarkan awal tahun depan. Turut sama hadir pada sesi tersebut ialah beberapa rakan media terpilih selain Azharina yang nyata berbesar hati untuk mendengar sendiri apa komen pengamal media terhadap lagu-lagu barunya itu.

Menerusi lima buah lagi yang diperdengarkan, setakat ini media dan pihak pengurusannya bersetuju memilih lagu di trek pertama album tersebut, Cinta Terbahagi Dua sebagai single pertama. Menariknya, selain menjadi lagu pertama rakan media, Azharina juga sejujurnya meletakkan lagu tersebut sebagai lagu yang paling disukai dan dekat dengan diri.

Azharina Akui Tiada Pengalaman Bercinta Sama Dua Lelaki Pada Satu Masa

IKLAN

“Dalam banyak-banyak lagu yang saya nyanyikan, lagu itu menjadi lagu yang paling saya gemari di dalam album ini. Sebabnya ia menonjolkan sisi vokal yang lebih matang dan muziknya juga cukup menyentuh hati. Kiranya muzik di dalam lagu berkenaan mengindahkan lagi vokal saya untuk Cinta Terbahagi Dua. Ikutkan Uncle Jul (Julfekar), lagu itu mengisahkan mengenai cinta yang berbelah bahagi di antara dua individu.

 

“Bagaimanapun, saya tidak pernah ada pengalaman bercinta dengan dua lelaki pada satu masa. Jadi Uncle Jul minta saya untuk terjemahkan ia kepada cinta pada seni dan kehidupan peribadi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Berjaya juga serapkan emosi di dalam lagu tersebut. Harapnya ia sampai di hati pendengar nanti,” akui Azharina yang hanya mengambil masa sekitar 30 minit untuk menyiapkan sesi rakaman untuk lagu berkenaan.

Kongsinya lagi, pada peringkat awal, Julfekar hanya berikan demi asas sahaja untuk lagu tersebut. Jadi dia perlu lenggokkan liriknya mengikut cara sendiri.

IKLAN

“Mujurlah selepas hanya dengarkan beberapa jam sebelum rakaman berlangsung, lagu tersebut dapat dirakam sebaiknya,” katanya yang turut menjadikan lagu Tetapkan Abadi sebagai antara lagi yang paling digemarinya di dalam barisan lima lagu yang dimuatkan.

MH turut memuat naik video ketika sesi pra dengar single tersebut menerusi FB rasmi kami, Media Hiburan. Korang jangan lupa tonton okay!

IKLAN

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155206909493435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI