Penyanyi Azlan & The Typewriter berkongsi perasaanpilu apabila memaklumkan perkembangan bapanya selepas dijangkiti Covid-19 dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.
Menurut Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle, 39, lagi, bapanya yang berusia dalam lingkungan 60-an turut menghidap penyakit buah pinggang dan diabetes, menyebabkan status kesihatannya dilaporkan kian merosot selepas disahkan positif wabak berkenaan.
“Bila dapat tahu… kondisinya teruk. Saya sebenarnya mampu berserah sahajalah. Apa yang tertulis, saya laluinya dengan reda. Kuasa tuhan sebenarnya.
“Harapan saya, semoga ada keajaiban tuhan, kalau bapa boleh sembuh seperti sedia kala, alhamdulillah,” katanya.
Azlan bagaimanapun sempat bertemu dengan bapa kandungnya itu sebelum ini.
“Kali terakhir saya berjumpa dengannya sekitar bulan lalu sebelum dia disahkan positif Covid-19.
“Keadaan ini sukar dijangka kerana sesiapa saja mungkin dijangkiti. Apabila tiba masanya, jaga bagaimana pun, kita tetap kena juga,” katanya.
“Bapa dimasukkan ke hospital kira-kira dua minggu lepas dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan sejurus dimasukkan ke hospital kerana keadaan kesihatan yang kurang baik.
“Saya harap keluarga saya kuat berdepan dugaan ini,” katanya.
Azlan berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran label muzik, Indigital Music Sdn Bhd di restoran 10 Gram, Puchong, Selangor pada Selasa.
Sementara itu katanya kepada MH, berkata ahli keluarganya yang lain bagaimana pun disahkan negatif Covid-19.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang Pengasas produk kecantikan jenama ESW, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi, mengemukakan saman RM1 juta terhadap bekas ejen yang didakwa memfitnah dan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.
Tindakan tegas itu diambil bagi membersihkan nama baiknya termasuk pengurusan ESW, kerana berpendapat fitnah adalah satu perbuatan berat dan tidak boleh dipandang remeh.
“Fitnah dan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan bukan sahaja mencemarkan nama baik saya, malah reputasi syarikat secara keseluruhannya.
“Tempias ini turut dirasai ejen ESW yang mahu mencari rezeki tetapi kerana fitnah ‘periuk nasi’ mereka terjejas,” katanya.
Diwakili peguam, Hussin Othman dari syarikat guaman Hussin Othman& Co, ahli perniagaan berusia 27 tahun itu menjelaskan,isu berkenaan timbul sekitar April 2020 semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama (PKP 1.0).
“Jualan mendadak naik, namun kekangan mendapatkan bekalan produk dari kilang, disebabkan pelaksanan PKP 1.0 yang ketat, menjadi punca utama fitnah ini berlaku.
“Apabila bekalan produk tidak mencukupi dan tidak boleh diproduksikan oleh kilang kerana PKP, saya dan syarikat dituduh makan duit ejen selain dilemparkan dengan kata-kata kesat.
“Peliknya semua ini disebarkan menerusi ruangan whatsapp tanpa bertanyakan secara empat mata atau menulis aduan kepada saya untuk sama-sama menyelesaikan masalah yang timbul,” katanya yang mempunyai sebanyak 20,000 ejen.
Difahamkan kes ini masih lagi berjalan, dan perbicaraan yang kedua akan bersambung pada September depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bukan calang-calang keluarga yang ‘dipilihNya’ untuk menghadapi ujian apabila memiliki anak istimewa.
Kecekalan dan kekuatan ibu bapa di dalam menjaga anak istimewa ternyata bukan sesuatu hal yang mudah untuk dilalui.
Itulah situasi yang dihadapi penyanyi Fynn Jamal apabila menghadapi cabaran dalam membesarkan anak sulungnya sejak disahkan menghidap autisme.
Menerusi entri di Instagram, Fynn ada berkongsi rakaman gelagat permata hatinya itu yang kini mencecah usia 9 tahun, Bakti Arjuna Fitri.
Fynn atau nama sebenar, Nur Affina Yanti Jamalludin berbuat demikian sebagai rekod rujukan doktor apabila anaknya mula meltdown.
Mengakui mempunyai banyak rakaman yang seumpama dengannya, Fynn akui ada ketikanya dia tidak tergamak untuk menonton video yang diambil.
“We have loads of videos like this. doctor suruh rekod everytime juna meltdown. utk cari common factors to why, what triggers etc.
“Walau tak dpt rekod setiap kali, mana2 sempat— dah macam homework dah kumpul data juna ni. haha.
“Truly, aku tak suka tgk balik. mmg lepas rekod, biar je dlm folder. tak gamak nak relive the moment hadap ni semua. tp yelah. sesekala, terrrlayan juga haha.
“Juna skrg on anti-psychotic meds. dia autism dlm spektrum severe. self harm. meltdown. hearing things. seeing things. kesian dia. tapi alhamdulillah. rezeki dia.
“Kadang-kadang kesian suami aku. dia sendiri on the verge of psychosis, lawankan juga demi anak dia. alhamdulillah sbb dia akur je dgn cikgu disiplin bab ubat ni haha. aku selalu pesan, aku ni kecik.
“Kalau both daddy dan juna mental collapse; sakti kecik lagi, aku tak tau nak dukung heret yang mana haha,” tulisnya.
Fynn pada masa sama menjelaskan, perkara tersebut menjadi antara punca dia agak menjauh dengan media sosial kebelakangan ini.
“You see, this video is but a simple reminder to why i am now distant on sosmed. Aku selalu bagitau;
my family comes first.
“Aku tak effort habis2an melainkan utk memampukan aku jadi bebas nak prioritikan suami dan anak2 aku. aku jadi boss sbb nak jadi surirumah. itu objektif aku.
“Segala selainnya adalah hal2 senggang yg ada ada, takde takpe. i dont HAVE to listen to your stories, but i like to. i may show indifference to your problem, but know— caring unnecessarily is what i do. Cumanya — all in good times. Itu sahaja.
“So kindly, kalau nak sgt layanan tiptop kelas pertama— go to psychiatrist, get to therapy. Good pay, good service. Aku ni buat percuma. sambil2 mendahulukan anak2 dan suami. pastinya servis aku paling corot dlm dunia.
“Sorry, but not sorry i place everyone and everything AFTER my family,” tulisnya panjang lebar.
Sementara itu ketika meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan mendoakan agar dia seisi keluarga tabah menghadapi cabaran membesarkan anak istimewa mereka.
Video yang muat naik melalui IG TV itu sudah pun menerima lebih setengah juta tontanan sejak dikongsi hampir seminggu lalu.
Foto: Instagram Fynn Jamal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...