Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat sudah pun selesai pantang 44 hari setelah melahirkan puteri sulungnya, Ana Nayla pada September lalu.
Dia yang akui rasa teruja dan tidak sabar menghabiskan sisa-sisa waktu berpantang, meluahkan rasa gembira itu melalui sebuah posting di laman instagramnya pada Rabu.
“Esok genap 44 hari berpantang! MERDEKA!,” tulisnya ringkas.
Ads
Malah menerusi Insta Stories, penyanyi lagu Mata ini turut akui, dengan adanya servis berpantang dia akhirnya dapat menurunkan berat badan dengan lebih daripada berat badan asal sebelum hamil.
“Kita berpantang dengan @lavenderconfinementcare best! Esok genap 44 days! 45kg nkw. Lagi ringan dari sebelum pregnant,” kongsi Ayda.
Ads
Untuk Ayda Jebat selamat melahirkan puteri sulungnya pada pukul 7.07pm, 21 September 2021, seberat 2.77kg secara pembedahan.
Ayda menerusi media juga sebelum ini ada berkongsi makna di sebalik nama puteri sulungnya bersama suami, Nabil Mahir yang diambil bersempena dengan nama ibu dan mertua.
Dia turut menjelaskan, ‘Nayla’ juga memberi maksud berjaya.
Ads
“Kami sepakat gabungkan nama ibu, iaitu Rohana (ibu Ayda) dan Diana (ibu Nabil) yang mana keduanya-duanya berakhir dengan ‘Ana’.
“Sementara Nayla (Nailah) bermaksud ‘berjaya’ atau ‘achiever’,” katanya yang turut menyifatkan kehadiran permata hati sulung sebagai pelengkap keluarga.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Baby Shima mendedahkan dia kini kian lega selepas menjalani sesi kaunseling bersama kaunselor sukarelawan, Muhamad Nabil Che Musa di Klinik Mental Prihatin di Rumah Prihatin @ Grand Seasons, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Shima atau Shima atau nama sebenarnyaNor Ashima Ramli, 26, dia sebelum ini hanya memendam perasaan sendiri selain kurang pendedahan mengenai rawatan hal berkaitan.
“Kalau ikutkan hati saya, awalnya saya tak mahu dapatkan khidmat ini. Tambahan pula saya kurang pendedahan mengenai rawatan ah mental sebelum ini.
“Bagaimanapun setelah dinasihati oleh seorang kawan rapat, akhirnya saya bersetuju untuk mendapatkan khidmat kaunseling di Rumah Prihatin. Rasa lega sikit selepas sesi tersebut.
“Selama ini saya cuma pendam seorang diri. Bila dah luahkan semuanya baru rasa lebih baik. Alhamdulillah, amat lega berdepan situasi sekarang. Cuma saya kena ulangi lagi sesi ini untuk kali kedua pada masa yang sesuai,” katanya.
Shima yang kini muncul menerusi single Lalai ini menjelaskan dia sudah tidak tahan dengan masalah tekanan perasaan yang dihadapinya akhir-akhir ini, susulan kecaman melampau yang diterima.
Meski dahulunya dia cuba bersabar berdepan kecaman begini, namun situasinya berbeza kini.
“Sampai ke tahap ini saya dah betul-betul lemah. Kadang-kadang rasa nak terima tapi sampai satu tahap rasa ‘down’.
“Saya bukan tak boleh nak ditegur. Saya boleh terima dan tak kisah tapi anda nak tegur kena tahu adabnya bagaimana. Jangan sampai memaki hamun. Banyak yang menegur tapi cara mereka amat keterlaluan sehingga tahap menghina saya,” luahnya lagi.
Jelasnya lagi, atas situasi yang berlaku doa pernah berdepan masalah sukar tidur dan konsentrasinya turut terganggu.
“Di rumah saya amat tertekan sampai kepala saya betul-betul rasa berat. Kadang-kadang rasa badan mengigil, lemah dan tak boleh tidur sehingga kesihatan terjejas.
“Berat badan turun mendadak. Dulu berat saya 45 kilogram ke atas, sekarang tak sampai 40 kilogram. Selera makan saya okay, tapi entah lah.
“Nak buat kerja pun tak boleh fokus. Nak hafal skrip yang senang pun tak boleh. Ia sangat mengganggu. Saya pun pelik. Apa yang saya buat sehingga orang terlalu mengecam sehingga melampau-lampau. Saya tak pernah kacau orang lain,” katanya.
Namun, Shima akui ada juga peminat yang menitipkan kata semangat selain mendoakan moga dirinya terus kuat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim berkongsi berita mendukacitakan apabila impian menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian selepas dia mengalami keguguran.
Berita tersebut dimaklumkan Rafidah atau lebih mesra dengan panggilan Fida menerusi satu coretan panjang di akaun Instagram dan Facebook.
Dia bagaimanapun reda dengan ujian dari Allah SWT.
“Kehilangan bagi pasangan yg baru mendirikan rumahtangga mahupun yang telah lama menantikan cahaya mata adalah suatu perkara yang amat menyedihkan. Begitu juga buat saya dan suami.
“Tapi sebagai hambaNya, apalah daya kita untuk menolak takdirNya. Pilihan pertama itu pilihan kami, manakala pilihan kedua itu adalah daripada Allah s.w.t. Sudah tentulah sang pencipta lebih mengetahui yang terbaik buat kami.
“Sedikit perkongsian yang ingin saya lakukan walaupun saya yakin ramai lagi para wanita & para ibu di luar sana yg diuji jauh lebih hebat. Pada hari Isnin baru-baru ini saya telah ke hospital untuk membuat pemeriksaan atas sebab pendarahan yg berlaku.
“Pada hari yang sama saya telah diberikan temujanji lagi 2 minggu untuk pemeriksaan pada perubahan kantung yang ada, tapi selang beberapa hari, pada hari Rabu tanggal 10hb Nov, saya kembali semula ke hospital untuk memberitahu bahawa pada malam sebelum itu sesuatu (berbentuk pejal) telah keluar ketika saya berhadas kecil.
“Hari Rabu itu saya ke hospital untuk pemeriksaan dan hasilnya doktor terpaksa membuat proses cuci akibat keguguran. Saya yakin setiap ujian dan ketentuan yg datang daripada Allah SWT itu adalah sebahagian daripada proses dan perjalanan dalam kehidupan saya dan suami dalam berkeluarga,” tulisnya.
Dia pada masa sama dia dan suami percaya rezeki dan meminta ramai mendoakan yang baik-baik.
“Alhamdulillah kami bersyukur dengan nikmat kegembiraan yang dipinjamkan sementara itu. Pastinya perancangan Allah buat kami itu jauh lebih baik.
“Saya yakin, jika saya mampu melalui ujian ini dengan sabar, ramai juga wanita hebat di luar sana boleh. Semoga Allah s.w.t merahmati setiap kaum wanita yg sedang menghadapi ujian yg dilalui dengan sabar.
“Untuk proses cuci kali kedua pada hari yang sama, saya didatangi oleh seorang doktor wanita berbangsa India. Sewaktu scan doktor berkata “Rafidah, you have very nice and good ovari” tambahnya lagi “Kalau dapat dekat student saya, diorang mesti nak you to do the study”.
“Alhamdulillah, dalam masa diuji, Allah berikan berita gembira itu. Saya hanya mampu tersenyum walaupun sedang menahan sakit disebalik pelitup muka. Terima kasih doktor, I’ll take it as a compliment & memberikan semangat utk next baby, InsyaAllah.
“Paling utama buat kita sebagai umat Islam, sentiasa yakin rezeki Allah itu sentiasa tepat pada masa & tempatnya. Doakan yg terbaik ya. (*last but not least, masa pregnant elakkan daripada perkara-perkara yg bagi diri kita stress /depress),” tulisnya lagi.
Sekadar info, Fida mendirikan rumah tangga bersama bekas pengurusnya, Shahzemir Shahzulkarib pada 5 Mei lalu selepas 10 tahun berkenalan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran situasi pandemik Covid-19 sebelum ini memberi pelbagai impak buat kebanyakan orang.
Malah, situasi berkenaan turut menjejaskan beberapa sektor termasuk dalam lapangan ekonomi dan bisnes.
Penyanyi, Mila Jirin misalnya, mengakui situasi pandemik ini sedikit sebabyak memberikan impak besar kepada perniagaan yang diusahakan.
Malah dia yang sinonim dengan lagu Persis Mutiara ini juga mulai sedar mengenai akan wujud situasi soal ikhlas atau sebaliknya ketika ditimpa pelbagai ujian, sebelum ini.
Namun, ibu kepada seorang cahaya mata ini percaya setiap perkara yang berlaku adalah perancangan hebat dari Yang Maha Esa.
“Hargai orang yang bersama sama mu KETIKA WAKTU SUKAR. Allah hantar mereka untuk berjuang bersama sama.
“Waktu PKP dan DITIMPA UJIAN, Kita SEDAR siapa yang BENAR-BENAR IKHLAS bersama sama dalam pasukan dan sebaliknya.
“Berlapang dada, Perancangan ALLAH maha hebat. Jika Allah tak izinkan. Ada lah HIKMAH terbaik menanti kita hambanya,” tulisnya.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.