Berita

“Ayah Dia Yang Beria,” – Kamal Adli Teruja Momen Pertama Hawra Di Playschool, Sampai Lupa Ambil Gambar!

Share

Pelakon dan pengacara, Kamal Adli mengakui teruja apabila berpeluang menyaksikan sendiri pengalaman pertama anak tunggalnya, Hawra Uqaira di prasekolah.

Menerusi satu hantaran di Threads, Kamal meluahkan rasa gembira apabila dapat melihat sendiri aktiviti harian puterinya itu, termasuk bermain, belajar dan menyanyi bersama rakan-rakan di sekolah.

Menurut Kamal, bekas isterinya yang juga pelakon iaitu Uqasha Senrose, turut hadir menemani mereka pada hari tersebut.

“Nak cerita ni boleh ke? Okay! Semala happy diriku first time dapat pergi playschool Hawra. Dapat tengok dia main-main. Belajar. Nyanyi.

“Ayah dia paling beria sekali. By the way ibu Hawra pun ada jugak,” tulisnya.

Terlalu Teruja Hingga Lupa Ambil Gambar

Menerusi hantaran sama, pengacara Melodi itu mengakui dia terlupa merakam momen berharga tersebut kerana terlalu teruja.

“Haih.. Owh ya beria sampai terlupa nak ambil gambar. Buduhnya. Ok done curhat! Korang jaga diri baik-baik tau! Malam ni ada melodi jangan lupa,” kongsinya lagi.

Perkongsian Raih Reaksi Positif Netizen

Perkongsian itu mencuit hati ramai warganet yang turut berkongsi rasa gembira melihat Kamal menikmati fasa kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal.

Berikut antara komen netizen;

“Cerita je!!! Kitorang memang suka dengar. Dah boleh rasa beria ayah dia tu sampai dekat sini tau.”

“Saya doa ketua dan ex ada yang manis-manis. Amin YRA.”

“Tak apa lah tak ada gambar… yang penting moment tu.. tak boleh deleted dari memori…happy selalu.”

“Alhamdulillah suka dengar cerita macam ni. Takpe la takde gambar pun, janji moment indah tu tersimpan dalam ingatan.”

“Hawra mesti seronok sangat dapat tengok ayah dan ibu ada bersama dengan dia dekat sekolah…Semoga yang baik-baik sahaja untuk kalian bertiga hendaknya.”

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 sebelum sah bercerai pada 12 Januari lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Nurdini Rosliza