Dalam perkembangan lain, pemilik nama penuh Nur Ernie Shahirah Zakri merupakan salah seorang artis yang bakal membuat persembahan bersempena Konsert Karya Agung Pak Ngah bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).
Selain Ernie, Syamel,Adira dan Rojer turut membuat persembahan di samping Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 14 dan 15 November ini di Istana Budaya.
Foto: Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Beralih bidang dari nyanyian ke dunia lakonan, Ebi Kornelis bangga kerana terpilih memegang watak utama dalam filem Misi Operasi X (MOX) arahan Datuk Zulkeflie M.Osman.
Bagaimanapun menerusi filem bergenre aksi itu, Naib juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) dilihat banyak memaparkan aksi ‘tayang’ badan.
Ditanya mengenai perkara tersebut, lelaki ini ada jawapannya sendiri.
“Saya sebagai seorang pelakon sahaja, selebihnya saya ikut arahan pengarah yang mahu menjayakan filem ini.
“Saya hanya hormat naskah itu dan tiada niat lain mahu menayang badan sasa,” katanya kepada MH.
Pelakon Norman Hakim meluahkan rasa syukur apabila sudah khatam (tamat) membaca Al-Quran pagi tadi.
Perkara itu dikongsikan pelakon drama Gerak Khas di Instagramnya apabila dia sendiri tidak menyedari bahawa sudah khatam.
“Tengah syok baca2 tiberrr eh?!Dah KHATAM! Alhamdulillah. Mmg tak perasan dah sampai last page (m/s 604)
“Yup saya pernah share sikit2 sekali dua sebelum ni yg saya paksa diri utk istiqomah baca Al-Quran 4 muka surat sehari (tak lama pun…4 muka surat, average adalah dlm 10 minit sehari).
“Semuanya bermula lepas raya aidilfitri tahun ni. Sbb diri ni selalu tertanya2 pada diri sendiri “Kenapa bulan Ramadhan je aku dpt rasa nikmat ibadah?Mana nikmat pada bulan2 lain selain dari waktu Tahajud & Dhuha?”tulisnya.
Dalam pada itu, pengacara Minggun Wanita musim kedua itu terus istiqamah dalam membaca Al-Quran, bukan sahaja pada bulan Ramadan, tetapi ‘memaksa’ diri agar berterusan membaca ayat suci pada hari-hari lain.
“Jadi Allah tolong bagi hidayah start baca Al-Quran walau bukan dalam bulan Ramadhan. Mmg mula2 kena paksa diri utk dapat nikmatnya. Bila dah start,ada hari2 yg tertinggal baca,masa tu mula rasa ‘kehilangan’,mula rasa ‘rindu’.
“Lepas tu nak lebih lagi,start baca ulasan taddabur pd setiap muka surat.Salah satu yg betul2 bagi ‘wake up call’ adalah Rasul kita Muhammad s.a.w yg Maksum pun bertaubat 100 kali sehari! Kita?Yg hadooo! Sekali sehari pun belum tentu.
“Dosa yg lepas belum tentu terampun,ditambah lagi dosa & maksiat skrg.Maksiat bukan sekadar perbuatan k,minda pun boleh bermaksiat!Jgn bohong kata tidak.Kita ni manusia,mana ada sempurna..Allahu,” kongsinya.
Malah, Norman menasihati agar sama-sama seimbangkan amalan dunia dan akhirat.
“Back to the story,hmm..tgh fikir what’s next.Mungkin repeat 2 muka sehari tp nak taddabur setiap ayat?In shaa Allah.10 minit je kot.Takkan tak boleh Oman?Tengok h/p main PUBG berejam2 boleh?Eh?Hahhaha pecah rahsia!
“Doa2kan la supaya kita & anak2 generasi kita pun ‘mesra’ Al-Quran.Saya sebenarnya pun ikhlas cakap nak kena kejar anak2 balik sbb diorang dah kategori menghafal.
“Saya ni masa mula2 bertatih merangkak,skrg ada la laju sikit tp hanya hafal juzuk 30 je,tu pun hanya beberapa surah.
“Sama2 doakanlah ye.Hidup dunia ni hebat cabaran.Lagi kita nak tingkat iman,lagi banyak ‘dugaan’.Lu fikirlah sendiri,masing2 punya diri apakah masing2 punya bentuk cabaran & dugaan
“Sekadar perkongsian,lebih kpd peringatan buat diri sendiri.Yg boleh terima,alhamdulillah…yg tak boleh terima,boleh blah…eh?!
“Kasarnya bahasa Oman…hahhaha gurau2🙏🏻Ampun maaf semua,but seriously sama2 kita seimbangkan dunia akhirat.Kejar dunia,akhirat tertinggal.Kejar akhirat,dunia kejar kita balik,” akhirinya.
“Gemuruh… Takut… Happy.” Itu kata pertama yang diungkap pelakon, Lisdawati apabila diberi amanah mendukung watak sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menerusi filem biopik, Mahathir: The Journey.
Katanya kepada MH, dia beranikan diri untuk sahut cabaran hadiri uji bakat dan gembira apabila berjaya mendapatkan watak berkenaan.
“Saya dapat tawaran tersebut bulan lalu dan awalnya, mereka panggil untuk uji bakat pencarian pelakon dan saya beranikan diri untuk hadir. Saya buatlah persediaan, pakai baju dan tudung yang sama sepertinya.
“Sebelum ini, memang sudah ada cakap-cakap malah sudah ada orang yang panggil pun saya dengan nama beliau. Okaylah… ada iras kot. Untuk itu saya ambil cabaran cuba hadiri uji bakat.
“Bila diuji bakat tu, masa lafaz dialog dan hafal skrip mereka kata okay dah confirmed dah,” seloroh Lisda.
Lis, 40, bagaimanapun turut akui belum pernah bertemu secara empat mata dengan ahli politik terbabit.
“Tapi saya tak pernah jumpa dengannya secara empat mata. Cuma bila tengok dari gambar, saya rasa dia macam saya. Pada awalnya, saya tak terfikir pun wajah kami seiras.
“Pernah saya pegang karektor sebagai nenek, saya pakai tudung lalu lipatkan tudung ada pula yang panggil saya Wan Azizah. Apa pun saya berterima kasih kepada pihak produksi atas kepercayaan,” katanya lagi.
Risau untuk jayakan watak tokoh yang masih lagi aktif dalam bidang politik, isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini tidak menafikan pasti akan ada yang membandingkan.
“Bukan senang kita nak pegang watak insan yang masih lagi hidup, pasti akan ada yang membandingkan.
“Cuma alhamdulillah babak saya tidaklah banyak, hanya ada satu sahaja babak penting di mana saya perlu memujuk Tun.
“Saya ada masa kira-kira sebulan untuk kaji watak, tengok tengok caranya bercakap dan sebagainya,” jelasnya lagi.
‘Mahathir, The Journey’ yang menelan bajet sebanyak RM6 juta turut dibarisi pelakon Azhar Amir yang mendukung watak sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad, Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah) dan Dazrin (Syed Saddiq).
Sementara penyanyi hebat, Ning Baizura pula diberi kepercayaan memainkan watak sebagai Datin Paduka Marina Mahathir, Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Harminder Singh (Gobind Singh Deo) dan ramai lagi.
Mahathir: The Journey akan diarahkan pengasas filem, Profesor Mohamad Hatta Azad Khan dan Chan Wai Cheong, dengan penerbit filem, pelakon dan penyanyi veteran Dr. Lawrence Poh sebagai penerbit eksekutifnya.
Yusof Kelana pula dipilih sebagai pengarah kreatif dan filem ini dibentangkan oleh Reliance Media Group berdasarkan tetapan faktual, merangkumi perjalanan 16 tahun Tun M, dari masa persaraannya selepas berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Seterusnya, negarawan itu kembali memimpin negara kita sebagai Perdana Menteri sekali lagi, dari tahun 2018, pada usia 93 tahun.
Pelakon, Reen Rahim, berkongsi rasa dan pendapatnya terhadap trend drama masa kini yang didakwa banyak mengetengahkan jalan cerita yang seakan merendahkan martabat wanita.