Mengakui masalah pertuturan yang dihadapi anak sulung, Ahmad Fakharuddin Attar akibat daripada pendedahan kepada gajet tanpa kawalan, Wawa Zainal menerusi posting terbaru di Instagram menyatakan rasa ralat akibat daripada tindakannya dahulu.

Namun, jelasnya, dia ada membawa Attar menemui pakar terapi dan bersyukur sudah ada peningkatan dalam pertuturan seharian kanak-kanak berkenaan.

Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin menyarankan ibu bapa yang mempunyai anak-anak sebaya harus mengurangkan penggunaan gajet dan meluangkan lebih masa dengan mereka.

Mengenai posting smlm.. ramai yg tanya attar ni sbnr nya ada masalah apa. attar ni speech delay. umur da 6 tahun tapi belum lancar sgt lagi becakap.

“tapi Alhamdulillah ada peningkatan semenjak wawa hantar dia pegi OT,speech therapy.. utk yg mengadu anak masi belum bercakap padahal da 2tahun+ ,3 tahun tu cuba kurangkan gajet.

IKLAN

“Sebenarnya attar ni pun lambat sbb suka tgk gadjet dulu. silap kitorng, bila wawa posting psl attar rmi yg DM. rupanya ramai jg ibu2 di luar sana yg alami masalah yg sama.. tak pee.. kita doa & usaha. usaha nya hantar pegi therapy etc.. & byk luangkan masa dgn dia. gud luck mommies,” jelasnya.

Terdahulu, pelakon ini menyatakan kebimbangan akan perkembangan anaknya yang bakal menduduki tahun satu pada tahun hadapan.

IKLAN

Ramai yg tanya perkembangan attar mcm mana. alhamdulillah ada perubahan.. tahun depan da masuk darjah 1, risau nya haritu kitorang daftar dia darjah 1.. then rupanya sekolah tu kena exam dlu .. so antara lepas ke tak la masok sekolah tu..i & aeril telan ayaq liur jugak la sbb dan dan teacher bagi exam paper pada attar.

“Jenguk soalan dia boleh tahan susah la utk budak 6tahun. dlm hati susah nya soalan ni utk attar. mesti gagal,  xsmpi 30minit attar keluar dari bilik exam tu and teacher bagitahu attar lulus and dpt markah 35 out of 40.. kira high score jugak.. alhamdulillah .. lega nya.

“walaupun attar tak lancar sgt becakap tapi dia sejenis cepat tangkap kalau kita ajar.. tapi tu la attar ni sejenis yg kejap2 je belajar lepastu bosan, tapi xpela kita slow2 kayuh ye attar. mama tahu attar budak yg bijak,” tulisnya.

IKLAN
View this post on Instagram

ramai yg tanya perkembangan attar mcm mana. alhamdulillah ada perubahan.. tahun depan da masuk darjah 1😭😭 risau nya haritu kitorang daftar dia darjah 1.. then rupanya sekolah tu kena exam dlu .. so antara lepas ke tak la masok sekolah tu..i & aeril telan ayaq liur jugak la sbb dan dan teacher bagi exam paper pada attar. jenguk soalan dia boleh tahan susah la utk budak 6tahun🙈dlm hati susah nya soalan ni utk attar. mesti gagal🤒 xsmpi 30minit attar keluar dari bilik exam tu and teacher bagitahu attar lulus and dpt markah 35 out of 40.. kira high score jugak.. alhamdulillah .. lega nya . walaupun attar tak lancar sgt becakap tapi dia sejenis cepat tangkap kalau kita ajar.. tapi tu la attar ni sejenis yg kejap2 je belajar lepastu bosan😅 tapi xpela kita slow2 kayuh ye attar. mama tahu attar budak yg bijak❤️❤️

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on

Netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruang komen dan rata-rata memberi tips dan nasihat berguna.

“Attar Ni Speech Delay,” – Wawa Zainal Perjelas Anak Sulung Sudah 6 Tahun Tapi Belum Lancar Bertutur, Nasihat Kurangkan Gajet “Attar Ni Speech Delay,” – Wawa Zainal Perjelas Anak Sulung Sudah 6 Tahun Tapi Belum Lancar Bertutur, Nasihat Kurangkan Gajet

Foto : Instagram Wawa Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI