“Atok Saya Baru Meninggal Dunia,”- Ajak Shiro

Share

Terbaru, pelakon dan pelawak Ajak Shiro ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.

Kongsi Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak memaklumkan bahawa datuknya telah meninggal dunia pada jam 7.30 pagi tadi.

“Atok saya baru meninggal dunia jam 0730 pagi tadi.Semoga ditempatkan bersama insan yang beriman Tok Seman.

“*Terima kasih pihak produksi dan Astro sebab faham dan lepaskan saya utk rakaman harini dan bagi saya balik.

“Walaupun saya xsempat lihat jenazah..Tapi saya berterima kasih kerana anda semua utamakan apa yang patut diutamakan

#semogaditempatkanbersamainsanyangberiman #alfatihah,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat telah memberi ucapan salam takziah kepada pelakon berusia 33 tahun itu.

MH mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmatNya.

Foto : Instagram Ajak Shiro

IKLAN