Babak terakhir didalam episod terbaru drama, Risik Pada Hati yang ditayangkan semalam nyata meninggalkan kesan di hati para penonton.
Dalam episod tersebut, watak Adam yang dilakonan oleh Alif Satar akhirnya telah pun melafazkan cerai kepada isteri pertamanya, Hayla yang dibintangi Ummi Nazeera.
Babak tersebut nyata meraih pujian warganet yang sangat berpuas hati dengan kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh barisan pelakon.
Selain netizen, antara yang turut sama memuji kualiti lakonan para pelakon termasuklah suami kepada Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari.
Malah, Dr. Izzar juga sempat berseloroh mengenai lakonan isterinya itu.
Menurutnya, sebagai suami, dia sudah terbiasa melihat Ummi berpewatakan sedemikian.
“Padan muka kau Adam. Walaupun kau tak faham apa Hayfa rasa, at least kau merasa apa yang aku selalu dok kena,” tulisnya di Instagram.
Pada masa sama, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut memuji lakonan isterinya itu yang disifatkan wajar untuk mendapatkan pengiktirafan.
“Top notch acting by @umminazeera. Terbaik scene ni. Patut menang award.
“Memang dok repeat scene ni supaya Hayfa marah Adam banyak-banyak kali,” kongsinya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur membaca perkongsian tersebut selain turut selain turut sama memuji lakonan Ummie Nazeera.
“Kapsyen tak pernah tak kelakar. Ada-ada je.
“Hahaha. Doktor pun pernah juga la kena marah macam Adam tu ye?
“Caption doktor win tapi lakonan Hayfa memang best semalam.
“Memang terbaik scene ni. Meremang tengok Ummi berlakon.
Ads
“Tak jadi nak sedih bila baca caption. Mesti Ummi garang dekat rumah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, episod terakhir Risik Pada Hati bakal ditayangkan pada hari ini.
Selain Alif dan Ummi, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tempatan antaranya, Zara Zya, Izzue Islam dan Ifa Raziah.
Sekadar informasi, Dr. Izzar dan Ummi telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 23 Januari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Ayra Aneesah dan Aysha Arsyla.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Izzar & Ummi Nazeera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sesi GV5 Road To Finale yang dibawakan oleh Astro GO dan Astro Circle yang berlangsung malam tadi di Ruyi & Lyn Bangsar merupakan satu inisiatif promosi Astro sempena minggu akhir GV5 yang akan berakhir Ahad ini.
Ini merupakan kali pertama majlis seumpamanya dan semalam, lebih dari 170 tetamu istimewa hadir bagi meraikan setiap krew, artis dan finalis terlibat sepanjang program berlangsun dan dihoskan Elly Ariffin bersama Zoey Rahman.
Terdahulu, objektif asal GV5 Road To Finale Party adalah untuk meraikan pelanggan Astro GO dan Astro Circle secara eksklusif yang juga peminat aktif Gegar Vaganza di mana mereka berpeluang untuk menonton persembahan LIVE dari perserta GV5 dan beramah mesra secara dekat.
Pastinya, ini merupakan hadiah untuk pelanggan dan peminat Astro yang telah memberikan sokongan yang padu terhadap GV selama ini.
Kesemua peminat ini dipilih dari peraduan yang dianjurkan oleh Astro GO dan Astro Circle 3 minggu sebelum majlis ini.
Pada masa sama, GV5 Road To Finale Party sebagai majlis untuk meraikan finalis akhir GV, perserta, media dan team belakang tabir GV5 termasuk tenaga produksi, komunikasi, rakan GV5, Gempak, Sinar dan Raku dan Singtel.
Pada malam itu, antara bintang GV5 yang membuat persembahan adalah
Elite menerusi lagu hits mereka berjudul GIG, Safura (Sway dari Michael Buble), Farawahida (Diamonds, Rihanna), Shafie RIO (Yang Penting Happy, Jamal Mirdad) dan Forteen (Medley KRU).
Antara selebriti yang hadir malam itu adalah kesemua Bintang GV5 kecuali Zamani yang tidak hadir atas faktor kesihatan, Wany Syaz, Afiq dan Tajul dari Bintang Minggu ini dan penampilan istimewa kesemua finalis Dewi Remaja 2018.
Foto: Astro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nikki Palikat berpuas hati dan menerima keputusan juri profesional dengan hati terbuka selepas diumumkan sebagai pemenang tempat kedua Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), malam tadi.
Menurut Nikki, dia gembira dan pada masa sama bersyukur kerana dapat merealisasikan impian buat kedua orang tuanya selepas ini.
“Saya percaya dengan keputusan yang dinilaikan para juri mengenai keputusan malam ini (konsert akhir). Apa pun saya bersyukur.
“Sekurang-kurangnya wang kemenangan dapat juga saya penuhi impian untuk lakukan renovasi rumah. Itu azam saya dan akhirnya ia tercapai. Saya gembira,” katanya.
Ditanya mengenai komen-komen di media sosial yang ada bercanggahan pendapat mengenai kemenangan Aliff Aziz, Nikki merasakan penyanyi lagu Sayang Sayang itu layak bergelar juara.
“Aliff layak menang sebab bagi saya dia peserta yang rajin. Malah Datuk Syafinaz ada memberitahu dia seorang yang mempunyai tahap ‘musicality’ yang kuat.
“Saya nampak dia punya kesungguhan setiap minggu. Tumpang gembira dengan kejayaannya.
“Jangan bazirkan tenaga untuk bergaduh-gaduh sebab kalian boleh nantikan single terbaru saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya.
Terdahulu, Aliff memperolehi markah tertinggi sebanyak 83.06 peratus, sementara Nikki dan Suki masing-masing meraih 81.26 dan 77.91 peratus.
Tempat keempat disandang Adibah Noor menerusi 67.25 peratus manakala Azan Scan menduduki tangga kelima iaitu dengan 64.04 peratus, diikuti Aweera sebanyak 63.90 peratus.
Malam kemuncak GV8 telah disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan konsert akhir turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada alumni GV8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu lagi insiden melibatkan krew konsert berlaku apabila kali ini seorang pekerja dilaporkan meninggal dunia ketika sedang sibuk mengemas dan membuka kembali pentas konsert penyanyi Psy, Summer Swag 2022 di Stadium Gangneung, Korea Selatan pada Ahad.
Memetik laporan Allkpop, lelaki berusia 20-an berasal dari Mongolia itu terjatuh dari ketinggian 20 meter ketika sedang mengalihkan lampu di tapak konsert tersebut.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan namun dia mengalami serangan jantung sebelum disahkan meninggal dunia.
Pihak polis masih lagi menyiasat punca sebenar kemalangan itu berlaku.
Konsert Psy berlangsung sehari sebelum kejadian itu menimpa mangsa.
Minggu lalu, dua penari yang mengiringi persembahan kumpulan terkenal Hong Kong, Mirror mengalami kecederaan apabila skrin video gergasi (LED) menghempap mereka ketika sedang menjayakan persembahan.
Seorang mengalami kecederaan ringan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Manakala, seorang lagi yang parah masih lagi dalam keadaan kritikal dan terbaharu, doktor memaklumkan dia mengalami lumpuh kekal walaupun sudah menjalani prosedur pembedahan sebanyak tiga kali selepas insiden terbabit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...