“Asyik Heret Je Tudung Arwah Ibu…,” – Ariq Matin Bawa Jalan Tudung Allahyarhamah Siti Sarah, Sepatutnya Lancar Bulan 8 Tapi Tak Kesampaian

Share

Baru-baru ini, sepotong video yang dikongsi pihak pengurusan penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah di akaun Instagram mengundang sayu seterusnya menjadi perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, ia memaparkan anak ketiga Allahyarhamah, Ariq Matin yang dilihat membawa tudung arwah ibu ketika berliburan di sebuah lokasi percutian.

Ditanya siapa pemilik tudung berkenaan, Matin mengatakan ia tudung ibu dan sangat cantik.

“Nak berjalan pon bawa tudung ibu. Alahai Ariq Matin anak manja ibu ni, sekarang dah besar dah jadi abang, pandai jaga adik dah.

“Asyik heret je tudung Arwah ibu ni, sepatutnya launch bulan 8 tapi tak berkesempatan. So kita launch esok di @lovetahq#limitededition,” kapsyen yang tertera.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan reaksi seterusnya menitipkan doa serta salam takziah buat Shuib sekeluarga.

Allahyarhamah meninggalkan empat cahaya iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan sebelum pemergiannya.

IKLAN