Gara-gara sering menulis kapsyen berbaur romantik di Instagram, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Kasih Tak Terjamah, Syura Badron dikatakan sedang hangat dilamun cinta oleh para peminatnya.

Bagaimanapun, bekas finalis program Gegar Vaganza musim ini mengambil pendirian relak dengan menjawab sebahagian komen netizen.

Asyik Belanja Pick-Up Line di IG, Netizen Speku Syura Badron Tengah Main Cinta?

Menerusi posting terbaru, Syura yang memuat naik foto berbaju kurung dalam cetak flora rekaan pereka terkenal, WanPa turut memuat naik kapsyen dengan pick-up line iaitu;

IKLAN

“Tengah berjalan pun saya tak tenang tau.. sebab dekat jalan pun cinta awak yg saya nampak,” tulisnya sambil diiringi dengan komen dari para peminat.

Asyik Belanja Pick-Up Line di IG, Netizen Speku Syura Badron Tengah Main Cinta?

Asyik Belanja Pick-Up Line di IG, Netizen Speku Syura Badron Tengah Main Cinta?

IKLAN

Terdahulu, Syura yang juga popular dengan lagu berentak irama Malaysia seperti Nazam Berkasih dan Bakawali, berkahwin dengan Mohd Fadhly pada 16 April 2006, sebelum berpisah beberapa tahun lalu.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania, Nurul Qaisara Sofea dan Mohd Irfan Aryan.

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI