Asyallie atau dulu dikenali dengan nama Syasya Solero tidak asing lagi selepas videonya viral suatu ketika dahulu. Kini,Asyallie terkenal dengan video tutorial makeupnya di Youtube.

Mempunyai 1.1 juta pengikut di instagram menjadikan Asyallie lebih dikenali.  Asyallie yang kini sudah berkahwin dan berbadan dua giat menjalankan perniagaan bersama suami.

Asyallie Jawab Isu Rekaan Ciplak

Terbaru tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa Asyallie telah mengeluarkan rekaan busana hari raya yang kelihatan sama seperti pereka fesyen terkenal,Jovian Mandagie dan beberapa jenama lain.

Jelas Asyalliee, rekaan-rekaan berkenaan dibeli dari ‘open market’ dan bukan hak milik sesiapa.Untuk memenuhi permintaan dan  meningkatkan kuantiti, Asyallie mencari alternatif dan mengeluarkan design dari ‘open market’ tetapi tidak menyangka perkara ini akan terjadi.

IKLAN

“Kami faham dan tahu macam mana penat untuk keluarkan sesuatu koleksi.Kami pun tidak terkecuali berhempas pulas untuk memastikan hanya yang terbaik untuk pelanggan. Berbulan-bulan lamanya Asya dan team bekerja keras siang dan malam untuk hasilkan koleksi baju dan tudung.

 

 

“Daripada rekaan, pemilihan fabrik, production kilang, persediaan kedai, photoshoot dan sebagainya kami lalui tiada beza dengan mereka.Sekurang-kurangnya kami dah berusaha dan berhempas pulas walaupun akhirnya tercalit kontroversi.

 

 

“Kami di pihak asyalliee.by.shasyahabib begitu terkilan dengan sebuah jenama fesyen yang memburukkan reputasi jenama kami di mata umum. Selama ini kami berdiam diri namun nampaknya sekali lagi kami terpaksa tampil kerana terlalu banyak provokasi yg dilakukan termasuk menggunakan akaun palsu untuk mengeruhkan keadaan,” jelasnya di instagram miliknya.

 

Asyallie Jawab Isu Rekaan Ciplak

Asyallie juga berkata setelah banyak serangan di media sosial dan dia telah menelefon pemilik kepada jenama tersebut dan ingin mencari solusi tetapi panggilannya reject sebanyak enam kali.

IKLAN

Instafamous ini ini juga berkata sebenarnya tiada isu siapa tiru siapa ataupun isu fake kerana telah mengeluarkan label di bawah jenamanya sendiri.Sesuatu produk itu boleh dipanggil sebagai fake hanya apabila ia mengeluarkan koleksi yg sama menggunakan label jenama yg sama. Namun berbeza di sini kerana pihaknya juga mengeluarkan koleksi yg original kerana secara terang menggunakan label Asyalliee by Shasya Habib.

“Industri fesyen ini sangatlah kerdil dan tidak mungkin kami boleh mengeluarkan design-design itu sekiranya mereka mempunyai hak eksklusif terhadap fabrik/design mahupun jahitan. Persoalannya di sini hanyalah berkaitan masa (timeline),iaitu kami tidak release awal,” ujarnya lagi

[irp posts=”1956″ name=”Jovian Mandagie Tegur Pereka Kaki Ciplak”]

Sumber : Instagram Asyallie

IKLAN

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI