Sinonim dengan watak antagonis dan gangster, pelakon Adam Corrie mengharapkan selepas ini dia akan mendapat tawaran lakonan yang lari daripada stereotaip tersebut demi melebarkan lagi kebolehan serta bakatnya.

Cukup terkenal dengan watak Dragon menerusi filem KL Gangster, Adam, 54, berkata dia sebenarnya sudah bosan apabila selalu mendapat tawaran watak jahat seperti biasa yang dilihat di kaca televisyen dan filem.

“Asal watak jahat je muka saya. Saya sebenarnya bosan. Kadang-kadang persepsi orang tengok saya ini memang jahatlah. Tolonglah bagi saya watak baik pula.

“Asal Watak Jahat Je Muka Saya,” – Asyik Dukung Watak Antagonis, Impian Adam Corrie Akhirnya Tercapai Bila… “Asal Watak Jahat Je Muka Saya,” – Asyik Dukung Watak Antagonis, Impian Adam Corrie Akhirnya Tercapai Bila…

“Baru-baru ini pun saya dapat tawaran watak jahat juga. Ia watak anggota pasukan beruniform tapi watak antagonis.

“Ada satu lagi itu pun watak jahat… tapi tidak mengapa, saya tetap anggap semua itu adalah rezeki.

IKLAN

“Saya bukanlah terlalu memilih watak tertentu, asalkan saya boleh bawakan watak itu dengan baik dan orang terima, Alhamdulillah,” katanya kepada MH.

“Asal Watak Jahat Je Muka Saya,” – Asyik Dukung Watak Antagonis, Impian Adam Corrie Akhirnya Tercapai Bila… “Asal Watak Jahat Je Muka Saya,” – Asyik Dukung Watak Antagonis, Impian Adam Corrie Akhirnya Tercapai Bila…

Hasrat Adam akhirnya tercapai apabila dia akhirnya ditawarkan watak yang diidamkan menerusi filem seram terbaharu, Bangkitkan Aku Kembali yang akan memulakan penggambarannya Isnin ini.

IKLAN

Menerusi naskhah tersebut, Adam akan melakonkan watak seorang ustaz yang perlu mengubati orang dirasuk.

“Saya nak sangat bawa watak orang baik macam ustaz dan akhirnya saya dapat untuk filem Bangkitkan Aku Kembali.

“Asal Watak Jahat Je Muka Saya,” – Asyik Dukung Watak Antagonis, Impian Adam Corrie Akhirnya Tercapai Bila…“Asal Watak Jahat Je Muka Saya,” – Asyik Dukung Watak Antagonis, Impian Adam Corrie Akhirnya Tercapai Bila…

IKLAN

“Saya memang nak sangat orang nampak saya pun boleh bawa watak berbeza selain antagonis.

“Untuk filem ini nanti, saya diperlukan untuk membaca surah Al-Fatihah sahaja tapi saya bersedia jugalah kalau tiba-tiba pengarah suruh baca suruh Kursi pula ketika dalam set nanti,” katanya.

Bangkitkan Aku Kembali merupakan adaptasi daripada novel judul sama yang ditulis novelis, Sophilea.

Bakal menjalani penggambaran di sekitar Jitra dan Baling, Kedah, filem ini turut dibintangi Amy Nur Tinie, Aishah Azman dan Mustaqim Bahadon dan Jay Iswazir.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI