“Asal Ada Gosip Saja Meletop, Kalau Tak…,” – Syafiq Farhain

Share

Saban hari, ada sahaja nama baru yang memeriahkan industri seni tempatan dan pastinya, ia secara tidak langsung memberi persaingan sihat buat bintang sedia ada.

Lalu pada masa sama, artis terdahulu pula perlu melakukan sesuatu bagi memastikan diri mereka kekal relevan.

Bagi penyanyi dan pelakon, Syafiq Farhain misalnya, dia tidak menafikan ada ketikanya rasa tertekan apabila memikirkan cara untuk terus kekal relevan dalam industri.

Apatah lagi dengan perkembangan industri seni semasa ketika ini.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Manis-Manis Cinta ini mengakui bagi terus mengekalkan reputasi yang baik, dirinya perlu memberikan naskhah berkualiti, selain punya disiplin tinggi dalam apa saja yang dilakukan.

“Memanglah kita selalu dengar mengenai istilah cepat naik, cepatlah jatuh. Asal ada gosip sahaja meletop, kalau tak ada diam.

“Bagi saya benda tu kenalah seiring dengan kualiti yang kita bawa.

Malah kongsi Syafiq kepada MH, sudah menjadi lumrah apabila nama seseorang itu tengah ‘panas’, ia secara tidak langsung akan menjadi perhatian.

“Jadi daripada situlah peminat akan tetap ingat dan mengikuti perkembangan diri kita. Tengah panas ni orang naklah kita.

Kalau tidak memang agak sukar,” kata bintang Hero The Movie ini jujur.

Foto: Instagram Syafiq Farhain

IKLAN