Bintang versatil, Adibah Noor yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang, Hajjah Norlia Abd Majid, ada berkongsi suatu kisah istimewa menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagramnya.
Dedah penyanyi Terlalu Istimewa ini, arwah ibunya tidak berapa gemar membela kucing, akan tetapi setiap hari arwah akan meninggalkan makanan buat burung dan kucing jalanan yang melalui kediamannya.
“Semasa hidupnya.. arwah emak tak berapa suka bela kucing. tapi.. tiap2 hari akan tinggalkan makanan utk mana2 kucing dan burung yg lalu kat rumah.
Ads
“Semalam.. si comel ni.. siap bergolek2 atas kubur arwah emak,” tulisnya.
Penyanyi, Sufian Suhaimi ada memuat naik tweet terbaru di laman Twitter miliknya.
Tweet tersebut ternyata dilihat telah menimbulkan rasa curiga dan kurang senang dikalangan hati peminatnya di media sosial.
“Bukan kuat tidur, cuma berlatih meninggal,” tulisnya.
Tweet tersebut ternyata telah mengejutkan ramai pihak dan mereka turut membanjiri ruangan komen komen tersebut untuk memberi semangat kepada penyanyi berkenaan.
Dalam pada itu, tweet tersebut telah menjadi tular selepas mendapat lebih 26,000 retweet dan 20,000 tanda suka.
Alahai, kenapa pula dengan Sufian tu? Apapun, kita doakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat penyanyi lagu Di Matamu itu.
Sumber: Twitter Sufian Suhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Beberapa hati lalu, Intan Liana ada memaklumkan dia bakal ke tanah suci bagi mengerjakan umrah. Bagaimanapun, pemergiaannya ke sana tidak diikuti dua anaknya iaitu Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri, 2.
Sambil memohon kemaafaan sebelum berangkat, dia yang dikenali sejurus perpisahan bersama seorang pemuzik yang juga suami pelakon Izreen Azminda itu turut mendoakan agar kita semua dirahmatiNya.
Salam, sy intan liana inshaAllah akan menunaikan ibadah umrah pada hari ini (25/3/2019). Di kesempatan ini sy ingin memohon kemaafan andai tersilap kata dan segala perbuatan.
“Semoga Allah merahmati kita semua inshaAllah. Aish dekmok baik2 k..bonda love you!!!miss you..tq along jagakan dorg,” tulisnya lagi.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mendoakan yang terbaik buat Intan selain mendoakan dia mendapat umrah mabrur serta selamat perlu dan pulang.
Foto: Instagram Intan Liana Saleh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Sungguh mega!” Mungkin itu yang boleh diungkapkan MH selepas menonton konsert Siri Jelajah Siti Nurhaliza On Tour yang berlansung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Mengalunkan 31 buah lagu dan dua lagu duet bersama Tulus, penghibur terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampak konsisten dari segi vokal dan persembahannya.
Memang awesome dan tahniah buat semua produksi yang menjayakan perjalanan Siti Nurhaliza On Tour dengan jayanya.
Apapun, ini dia corat-coret menarik sepanjang konsert yang berlangsung lebih dua jam itu!
– Anak Tok Ti, Aafiyah yang turut hadir ‘menonton’ ibunya membuat persembahan mendapat tepukan gemuruh penonton saat melalui arena. Malah, Tok Ti sempat bergurau dengan penonton dengan ayat “Aafiyah…anak ibu”.
– Menerusi segmen pembukaan, Tok Ti sengaja membuka tirai persembahan dengan lagu-lagu tradisional dalam usaha mengangkat martabat genre muzik itu. Malah, dedikasi buat Allahyarham Pak Ngah turut menarik perhatian.
– Keluarga Allahyarham Pak Ngah dan Adnan Abu Hassan turut hadir bagi memberikan sokongan terhadap Tok Ti. Kedua-dua figura berkenaan memang sinonim di dalam perjalanan seni artis berkenaan.
– Tok Ti turut sempat meluahkan kesedihan terhadap peristiwa sedih yang berlaku di dalam dan luar negara, sambil sedekahkan Al-Fatihah.
– Ketika Tok Ti menyanyikan lagu Hati Kama, penonton kagum dengan replika wayang kulit yang ‘menari-nari’ di lantai arena.
– Genap 20 tahun, konsert Siti Nurhaliza On Tour dilangsungkan di veneu sama.
– Rakan artis turut hadir memberikan sokongan buat penyanyi ulung ini. Antaranya Khai Bahar, Siti Sarah serta Shuib, Dayang Nurfaizah, Anne Farina dan ramai lagi.
– Persalinan gaun kembang rona merah cili rekaan Fizi Woo yang dikenakan Tok Ti cukup unik kerana ia turut disulam dengan bait-bait lirik lagu di bahagian hadapan gaun.
– Sebagai kelainan, Tok Ti turut menyanyikan lagu ucapan hari jadi buat semua peminatnya yang lahir pada bulan ini dan membuka peluang buat audiens memilih lagu untuk Tok Ti nyantikan secara acapella.
Foto: Instagram selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan segala hantaran yang dikongsikan di media sosial sejak kebelakangan ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan kisah peribadinya.