Artis Pukul Isteri Dalam Pantang

Kecoh saat ini tentang satu berita yang mengejutkan semua pihak apabila seorang artis telah memukul isterinya yang masih dalam tempoh pantang.

Sumber mengatakan, artis lelaki tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes memukul isterinya di sebuah pusat hiburan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin memberitahu bahawa artis kelahiran Singapura itu telah ditahan di Jalan Peel pada jam 2.30 pagi.

IKLAN

“Arits itu kini direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 4.30 petang semalam di mana mangsa dan ibunya telah pergi ke pusat hiburan tersebut unutk mencari artis berkenaan.

Menurut Kok Sin lagi, mangsa marah setelah melihat suaminya bersama wanita lain dalam sebuah bilik karaoke dan kemudiannya mengambil gambar suaminya itu bersama wanita tersebut sebelum berlakunya pertengkaran mulut di antara pasangan suami isteri.

“Artis berkenaan berang dan bertindak kasar terhadap mangsa. Mereka kemudian bergelut kerana lelaki itu mahu merampas telefon bimbit isterinya, sebelum memadam kesemua bukti yang berada di dalam telefon bimbit, lelaki itu kemudian mencampakkan telefon bimbit itu kepada mangsa,” katanya.

Katanya lagi, mangsa telah mengalami luka di bahagian muka dan lutut akibat dipukul, selain mendakwa ditolak dengan siku oleh suaminya.

“Mangsa berusia 23 tahun itu masih dalam tempoh berpantang telah menerima rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), dia kemudian tampil membuat laporan polis,” katanya.

Beliau memberitahu lagi, pasangan suami isteri ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu dan kini baru sahaja menimang cahaya mata pertama yang berusia 20 hari.

IKLAN

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga (KRT) 1994.

Sumber: Ahmad Ismadi Ismail/Sinar Harian