Categories: Berita

“Artis Paling Humble & Tak Malu Mengaku Asal Mana,” – Faezah Elai Throwback Kisah Duduk Rumah Flat

Share

Pelakon, Faezah Elai ada berkongsi kisah zaman kanak-kanaknya ketika tinggal di kawasan perumahan flat Taman Tun Sardon, Pulau Pinang.

Menurutnya, tinggal di rumah flat amat meriahlah terutamanya ketika musim perayaan menjelang.

Malah, telatah para jiran tetangga turut tidak dapat dilupakannya yang seterusnya menjadi memori terindah.

“Me budak flat. Flat Taman Tun Sardon Penang. Sapa balik flat raya baru ni? Dok flat ni meriah woo! Especially time raya. 

Kalau ada yang bergadoh laki bini, mmg 1 flat boleh dengaq.

“I remember when I was around 12 years old, me and my sister, tengah malam jiran bawah rumah bekelaih laki bini, me and my sis ngan bedak sejuk tempek kat muka, dok bertinggung tepi tangga dok dengaq depa berkelaih pasai apa tak tau, lupa pi dah.

“Cheq punya bawang lah time tu! Haaaa we are the real mami jarum u know! I really enjoyed my childhood memories. Haihh..how time flies.

“Kita mmg layak digelar The Real Mami Jarum!,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur malah memuji tindakkan Faezah yang tidak malu untuk berkongsi perihal asal usulnya itu.

Terdahulu, Faezah telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Heykal Hanafiah pada September 2011.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.

Faezah turut mempunyai tiga oranga anak tiri iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.

Sumber: Instagram Faezah Elai

IKLAN