Pelakon Korea Selatan, Go Ara muncul sering kali tampil cantik tatkala muncul di karpet merah mana-mana majlis anugerah di Korea Selatan.
Namun begitu, busana terbaru yang dikenakan semasa SBS Drama Award 2018 yang diadakan hujung tahun lalu mendapat perhatian netizen khususnya peminat Malaysia apabila ia kelihatan persis baju kurung.
Sekali lihat, pakaian berona putih gading itu memang kelihatan seperti baju kurung moden yang sarat perincian.
Ads
Malah, banyak yang menulis di ruangan komen kelihatan ramai netizen memuji pelakon drama Hwarang itu.
Ads
Sebelum ini, ahli grup Beyond The Scene (BTS), V menjadi topik hangat netizen apabila video dia memakai baju melayu yang dihantar peminat Malaysia viral di media sosial saat sedang berlatih sempena Billboard Music Award, tahun lalu.
Foto/Instagram: Go Ara & Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecoh di Twitter apabila Nabila Huda naik hantu gara-gara komen seorang netizen yang menggunakan akaun Aliaaaaa, yabg difahamkan tidak berpuas hati dengan servis kedai makan Waroeng Isabella miliknya.
Menurut Alia, pengalamannya di kedai makan pelakon terkenal itu sebagai hambar.
Lebih mengecewakan, dia juga dikatakan terpaksa menunggu selama dua jam hanya untuk menikmati ikan gurame.
Menjawab komen berkenaan yang disifatkan tidak profesional, Nabila menjelaskan satu persatu proses yang perlu dilalui sebelum hidangan sampai ke meja.
Antara lain, pengguna Twitter itu juga sampai membandingkannya dengan jenama makanan lain.
Namun, meski penjelasan sudah diberikan, netizen turut memberikan komen yang pelbagai terhadap pelakon filem Tombiruo itu.
Malah ada juga komen yang menganggap Nabila seharusnya memohon maaf.
Bagi MH, pelanggan memang mempunyai hak bagaimanapun diharap penjelasan yang diberikan boleh menjernihkan situasi.
Kredit foto – Twitter Nabila Huda.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“P/s : Isu makan rasanya semua org pun akan terasa hati jika ditegur seperti itu . Please learn how to respect people feeling , tambah2 soal M.A.K.A.N.
Kalau tahun lalu menyaksikan satu demi satu filem ‘blockbuster’ ditayangkan di pawagam, tahun ini juga juga bakal menyaksikan ramai kaki wayang bakal ‘kopak duit’ mereka.
Apa tidaknya, pengkritik filem menjangkan tahun ini adalah tahun yang meriah untuk industri filem apabila satu demi satu filem pecah panggung akan muncul.
Oleh itu, mari kit lihat 10 filem yang tentunya dinanti-nantikan oleh para kaki wayang, tahun ini
Star Wars: Episode IX (Dis 20)
‘The force’ kembali. Kepada peminat filem Star Wars, mohon bersabarlah ya hingga ke hujung tahun ini.
Avenger: End Game (Mei 3)
Tentu ramai yang frust dengan pengakhiran Avenger: Infinity Wars tahun lalu kan? Harap-harap kali ini tidaklah macam tahun lalu. Penantian itu satu penyeksaan.
Toy Story 4 (Jun 21)
Walaupun para peminat siri tersebut melahirkan rasa protes dengan filem ke-4 ini, tidak dinafikan pasti ramai juga yang merindui gelagat Woody, Buzz Lightyear dan koco-konco mereka. ‘You got a friend in me’!
The Lego Movie 2: The Second Part (Feb 10)
Wah! Filem ini sangat sinonim dengan lagu ‘Everything Is Awesome’, tak sabar nak tengok Emmet nyanyi lagu itu.
The Lion King (July 19)
Karya ini merupakan satu ‘masterpiece’ dan semestinya menjadi salah satu filem yang sangat dinanti-nantikan tahun ini.
Shazam! (April 5)
Kalau Marvel ada Captain Marvel, DC Comics ada Shazam! Mana lagi hebat agaknya?
Aladdin (Mei 24)
A whole new world! Tipulah kalau tak pernah dengar lagu ini kan? Apa-apapun, tak sabar nak nak tengok Aladdin, Puteri Jasmin dan Genie dalam filem tersebut.
How To Train Your Dragon 3: The Hidden World (Feb 22)
Toothless kembali lagi! Tapi kalau lihat daripada trailernya, macam best je filem ini!
Spiderman: Far From Home (Julai 5)
Yass! Tom Holland kembali memegang wataknya sebagai Spiderman dan juga apa agaknya jadi antara dia dan MJ ya?
Captain Marvel (Mac 3)
Akhirnya, peminat Marvels dapat mengenali dengan lebih rapat watak ini. Dengar cerita dia adalah yang paling kuat sekali daripada semua Avengers tu. Dapatkah dia kalahkan Thanos?
Foto:Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...