Penyanyi, Arrora Salwa memberikan reaksi susulan dakwaan yang kononnya dia menggunakan perkara syirik sepanjang bersaing di Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).
Menurut Arrora, dia sebaliknya percaya rezeki dan berkongsi beberapa surah yang boleh diamalkan.
“Ada yang kata Arrora Salwa pakai ‘mak esah’, ‘mandrem’. Dia macam ini, tak payah pakai ‘mak esah’. Ayat Al-Quran lebih senang.
“Saya nak bagitahu, amalkan surah Al-Baqarah ayat satu hingga lima, lepas tu Ayatul Kursi dan tiga ayat terkahir surah Al-Baqarah.
“Kau hafal, insya-Allah kalau ada orang nak buat perkara yang tak baik pada kita, ia akan kena atau berbalik kepada mereka semula,” katanya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Ahmad itu menerusi sebuah hantaran video di aplikasi Tik Tok.
Ads
Pada masa sama, Arrora sempat berseloroh untuk lalu di bawah ampaian baju yang dikatakan antara pantang larang untuk mereka yang menggunakan ilmu hitam.
“Satu lagi, orang kata kalau pakai ‘mak esah’ ni tak boleh lalu bawah ampaian. Inilah ampaian yang saya ada. Kita nak langkahlah.
Ads
“Aduh… Adakah ‘mak esah’ saya akan tertanggal? Tiada ‘mak esah’. Elok lagi… Alhamdulillah,” selorohnya.
Arrora Tak Berasa Hati
Dalam pada itu, Arrora memaklumkan dia tidak berasa hati dengan tuduhan tersebut namun sekiranya ia masih berlarutan, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.
Ads
“Kepada semua pencinta Arrora Salwa, bertenang. Arrora Salwa kesayangan anda okey. Kita chill okay sayang-satang kesayangan semua okay.
“Anggap je hiburan. Tapi kalau ada pihak yang berlebihan hingga menganggu nama baik, I know what to do,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Arrora Salwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Naqiu bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa mengambil kesempatan dan melakukan penipuan sehingga menyebabkan kerugian hampir RM100,000.
Tidak mahu terus dipergunakan, Naqiu, atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, juga telah menghantar surat tuntutan (LOD) kepada individu berkenaan, pada pagi Rabu.
“Pada mulanya, saya tidak berniat untuk memperbesarkan isu ini, tetapi apabila saya berdiam diri, ia seolah-olah memberi ruang untuk saya terus dipermainkan. Mungkin dia menganggap saya penakut atau tidak pandai, jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bertindak.
“Ini bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku, tetapi tindakan individu ini sudah melampaui batas. Dia bukan sahaja cuba memburukkan nama saya, malah turut mencabar saya.
“Pada awalnya, dia menggunakan nama saya tanpa pengetahuan untuk membuat video promosi sebuah jenama. Selain itu, dia juga meminta saya menghasilkan lagu tanpa sebarang bayaran, sekali gus membuang masa saya sepanjang tahun lalu,” katanya, lapor Harian Metro.
Naqiu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu terbaharunya yang berjudul Khayalan, di Kuala Lumpur, semalam.
Naqiu hadir bersama peguamnya, Aizat Azam dari tetuan Legalais.
Tambahnya lagi, dia juga kesal apabila individu terbabit mendakwa sudah membuat bayaran dan memintanya untuk melakukan projek pembikinan sebuah single.
“Saya tidak begitu mengenalinya, tetapi salah seorang ahli pasukan saya yang memperkenalkannya. Dalam satu pertemuan sebelum ini, dia menyatakan hasrat untuk menghasilkan lagu walaupun dia sendiri tidak mempunyai bakat.
“Ketika projek masih di peringkat demo, dia mendakwa kepada orang industri seni saya memaksanya untuk merakamkan single itu.
“Lebih mengejutkan, dia juga mengatakan sudah membayar kos projek ini, sedangkan saya tidak menerima walau satu sen pun. Malah, masa saya yang terbuang begitu saja.
“Logikkah saya memaksa seseorang yang tidak berbakat untuk menyanyikan lagu saya, sedangkan saya langsung tidak mendapat sebarang bayaran?” katanya lagi.
Dalam masa sama, Naqiu memaklumkan pengurusannya iaitu Mindorder turut menerima nasib sama dan turut menghantar LOD kepada individu terbabit.
Sementara itu, Aizat berkata, pihaknya memberi tempoh 14 hari untuk individu itu menjawab LOD yang dihantar.
“Sekiranya tiada tindakan pihak kami bersedia untuk membawa kes ini ke peringkat mahkamah.
“Walaupun begitu, kami masih memberi peluang kepada individu ini untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Ketika kudapan manis, Kunafa dari Timur Tengah ‘mendunia’ beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia, situasi itu membangkit cetusan idea buat pempengaruh TikTok dan usahawan, Ojen Aiwahhh untuk meneroka bidang baharu menerusi Kunafa Aiwahhh.
Dilancarkan sejak 2022, Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli, 29, kini terus optimis untuk terus memperkenalkan jenama berkenaan yang kini sudah mempunyai variasi tujuh pilihan perisa lain termasuklah Red Velvet, Dark Indulgence, Lumut Cheese, Biscoff, Choc Oreo dan Hazelnut Nutella.
Terbaharu, perisa kelapannya iaitu Madu 3 yang berasaskan emping jagung yang dilancarkan secara kolaborasi bersama teman baik yang juga pempengaruh sensasi, Cik Epal.
Ditanya Ojen mengenai kerjasama itu yang dilihat seperti menangguk di air keruh di atas kisah hangat membabitkan isu rumah tangga Cik Epal, bekas penuntut bahasa Arab di Yaman itu tidak melatah.
“Kalau ada yang kata kerjasama ini cuba ambil kesempatan fasal cerita itu, saya kurang bersetuju. Mungkin ia hanya kebetulan. Apa yang saya boleh tekankan kerjasama ini lebih kepada menolong antara satu sama lain.
“Saya sendiri bersimpati dengan apa yang berlaku dalam kisah rumah tangganya. Cik Epal sendiri turut membantu menyebarluas jenama kunafa Aiwahhh.
“Sebagai sahabat, saya tak mahu hanya muncul pada waktu senang. Biarlah ketika susah juga. Dapat juga saya kongsi rezeki dengannya sekali gus dia boleh meneruskan survival kehidupan solo bersama anak,” katanya.
Penyanyi lagu Hubb itu turut menjelaskan, idea kolaborasi ini sebenarnya sudah dirancang lama dan pemilihan perisa Madu 3 bukan gimik dan tiada kaitan dengan tempias rumah tangga Cik Epal.
“Bukan tiba-tiba saja nak keluarkan perisa Madu 3 ini. Nak keluarkan mana-mana perisa baharu perlu ada R&D (penyelidikan dan pembangunan).
“Tambah pula saya tak pernah berkolaborasi dengan mana-mana artis atau pempengaruh. Jadi kenapa tidak saya tampilkan Cik Epal saja untuk kolaborasi sulung ini.
“Pemilihan nama perisa Madu 3 bukan suka-suka. Tapi sebab perisa ini menggunakan tiga jenis madu iaitu honeycomb, drizzle madu dan campuran emping jagung bersama madu. malah perisa ini juga ada tiga lapisan,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai perniagaannya, Ojen tidak mempunyai kios atau cawangan kedai tertentu. Sebaliknya, dia bersama pasukan kerja sendiri akan turun padang ke serata negeri demi tujuan promosi.
Disifatkan sebagai perintis usahawan kunafa dengan elemen tekak Melayu, Ojen berkata idea berniaga itu terlintas ketika belajar di Yaman.
“Empat tahun di Yaman dan Setahun di Egypt, Saya lihat kunafa menjadi makanan harian dan pencuci mulut kegemaran. Di Tanah Arab lagi, saya sudah pasang niat, balik ke Malaysia memang kena jual kunafa.
“Lucunya, ada ramai penjual tempatan cuba meniru konsep saya. Termasuklah di kalangan penjual orang Arab. Saya lihat ramai yang mengambil inspirasi.
“Saya jadi bangga konsep ini diterima di kalangan masyarakat dan penjual kunafa. Lagipun saya tak mampu nak jual kepada lebih 33 juta rakyat di negara kita.
“Biarlah sama-sama cari rezeki. Syukur, Allah SWT sudah beri lebih rezeki lebih untuk saya,” katanya yang sudah lengkap melakukan jerayawara seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak tahun lalu.
Tahun ini, dia berazam untuk tembusi pasaran Indonesia dan Brunei.
Sementara itu, Cik Epal atau nama sebenar, Nor Munirah Mahmud optimis dengan kolaborasi bersama Ojen.
“Secara jujurnya saya bukan jenis bekerjasama dengan sembarangan orang. Saya lebih selesa berkolaborasi dengan orang yang sudah dikenali.
“Macam Ojen memang kami sudah lama kenal. Dia pun jenis yang merendah diri, happy go lucky dan senang berurusan.
“Saya sendiri yakin 100 peratus dengan perniagaan kunafanya. Kunafa Aiwahhh antara ‘dessert’ yang sudah lama viral dan ‘mendonia’ ke hari ini. Tipulah lah kalau kata tak pernah nampak Kunafanya jadi ‘fyp’ di TikTok.
“Saya rasa dari dulu kalau buka gerai jualannya, memang penuh dibanjiri peminat kunafanya sampai satu Malaysia ada.
“Jadi waktu Ojen ajak berkolaborasi, memang saya teruja. Ditambah pula nak buat perisa Madu 3 ini, saya sendiri nampak yang ia akan meletup. Waktu kami buat R&D, terus saya bersetuju untuk sama-sama ‘mendonia’,” katanya.
Menjawab pertanyaan mengenai kehidupannya ketika, Cik Epal reda dengan ujian diterima.
“Alhamdulillah saya bersyukur sebab Allah uji saya pada waktu yang tepat. Saya juga bersyukur waktu sebegini, masih ada sahabat lama dan baru yang ikhlas menolong saya.
“Ada yang tak henti-henti memberi motivasi diri pada saya untuk meneruskan kehidupan demi anak dan masa depan yang lebih terang.
“Saya sudah selesa seorang diri buat masa ini. Cukup ada anak menjadi asbab untuk saya terus tersenyum. Saya akan terus berjuang dan takkan kembali dengan kesilapan lalu dengan lelaki yang sama.
“Untuk kembali balik kepada bekas suami itu, saya rasa tak mungkin. Tapi saya takkan sesekali memisahkan anak dengan bapa mereka.
“Apa terjadi, bekas suami tetap bapa kepada anak saya dan dia pernah menjadi bapa yang baik. Itu sahaja,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit yang juga komposer terkenal, Eddie Hamid, mendedahkan dirinya bersedia sekiranya berpeluang untuk menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza (GV), selepas ini.
Eddie atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Adenan, 62, berkata, dia sepatutnya menyertai musim ini (GV11) bagaimanapun terpaksa menolak tawaran tersebut atas kekangan komitmen terhadap kerja.
“Saya mahu sertai GV akan datang sekiranya ada peluang lagi. Saya dapat peluang untuk jadi peserta GV11, tapi saya tolak ketika itu sebab urusan kerja yang banyak dan tak dapat memberi komitmen.
“Program realiti GV pada saya adalah platform untuk penyanyi lama serlahkan semula bakat. Malah, kita yang buat keputusan untuk setuju menyertai atau tidak sebab ia bukan satu paksaan.
“Cuma, rezeki saya untuk bersaing di pentas GV11 sekarang bersama peserta-peserta lain tidak ada. Bukan saya takut nak terima, tapi tolak peluang itu bersebab,” katanya, petik Harian Metro.
Ditanya mengenai kritikan juri profesional yang bakal diterimanya sekiranya menyertai rancangan tersebut, Eddie menjelaskan dia memahami kritikan diberikan juri sudah tentu berdasarkan kepada corak persembahan peserta dan vokal.
“Saya tak kisah dengan komen diberikan oleh juri walaupun pedas sebab faham itu adalah tugas mereka. Seteruk mana atau sebaik mana pun komen itu, sebagai peserta kita kena terima.
“Tak perlu nak rasa malu sebab kritikan dan komen juri itu bersebab. Kalau fikir malu, tak payahlah bersetuju nak masuk bertanding sebab bukan paksaan pun. Ia kerelaan sendiri.
“Apabila dah kata setuju, itu bermakna kita secara tak langsung sudah sedia jadi peserta. Bagi saya, terima saja komen juri itu dengan tenang dan positif. Pada masa sama, perbaki mana yang ditegur kurang atau lemah itu,” katanya lagi.
Eddie yang juga komposer lagu popular, Cinta Setandan Pisang atau atau Bea Soba Bea menambah, sekiranya ada artis menyifatkan yang diberikan komen juri sebagai memalukan peserta, itu hak masing-masing.
Ujarnya, apa saja berbentuk komen atau kritikan daripada pihak lain, ia adalah pandangan atau pendapat tiap individu dan terpulang juga sama ada kita mahu terimanya secara positif atau sebaliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...