Selepas mencetuskan fenomena dan meninggalkan impak luar biasa di kaca televisyen, Astro selaku Home of Originals terus memacu langkah berani dalam mempromosikan siri tempatan yang menjadi bualan ramai, Generasi: Perfect 10 (G:P10).

Kali ini, Astro mengangkat kreativiti ke tahap baharu dengan pendekatan yang lebih segar.

Selepas kejayaan promosi di platform digital dan media arus perdana, Astro membawa kelainan dengan menghidupkan penceritaan G:P10 melalui papan iklan lentikular (lenticular billboard) yang dipasang di lokasi ikonik dan tumpuan pelancong laluan pejalan kaki Suria KLCC menuju ke Aquaria.

Arena Wan & Arabella Ellen ‘Kuasai’ Terowong KLCC Menuju Aquaria! Sisi Luar Biasa Astro Originals, Generasi: Perfect 10

Arena Wan & Arabella Ellen ‘Kuasai’ Terowong KLCC Menuju Aquaria! Sisi Luar Biasa Astro Originals, Generasi: Perfect 10

Papan iklan lentikular ini bukan sekadar paparan visual, tetapi sebuah pengalaman. Dicetak pada permukaan plastik bergaris halus, imejnya berubah mengikut sudut pandangan, mencipta ilusi seolah-olah bergerak ketika pengunjung melaluinya.

Arena Wan & Arabella Ellen ‘Kuasai’ Terowong KLCC Menuju Aquaria! Sisi Luar Biasa Astro Originals, Generasi: Perfect 10

Arena Wan & Arabella Ellen ‘Kuasai’ Terowong KLCC Menuju Aquaria! Sisi Luar Biasa Astro Originals, Generasi: Perfect 10

Inovasi ini menjadikan setiap langkah di terowong KLCC sarat dengan cerita, seiring dengan semangat Astro Originals untuk terus mencipta kelainan.

Arena & Arabella ‘Hidupkan’ Dua Dunia Berbeza

Papan iklan lentikular G:P10 membawa makna yang mendalam kerana ia bukan sekadar paparan visual, tetapi sebuah penceritaan yang menghubungkan dua dunia berbeza – dunia Ezie (lakonan Arena Wan) dan Victoria (lakonan Arabella Ellen), dua tunjang utama siri ini.

Arena Wan & Arabella Ellen ‘Kuasai’ Terowong KLCC Menuju Aquaria! Sisi Luar Biasa Astro Originals, Generasi: Perfect 10

Arena Wan & Arabella Ellen ‘Kuasai’ Terowong KLCC Menuju Aquaria! Sisi Luar Biasa Astro Originals, Generasi: Perfect 10

Visual kreatif ini menjadi sebahagian daripada usaha berterusan Astro untuk memperkukuh jenama Astro Originals dengan cara yang segar dan penuh imaginasi.

Melalui paparan ini, kita diajak menyelami kisah yang lebih daripada sekadar mengejar trofi. Ia tentang perjalanan untuk menjadi versi terbaik diri sendiri. Ezie dan Victoria melambangkan dua sisi dunia sukan, satu digerakkan oleh impian, manakala satu lagi dibayangi tekanan.

Dua perspektif ini saling melengkapi, menjadikan penceritaan G:P10 lebih bermakna.

Lakonan Arena dan Arabella turut mencuri perhatian kerana mereka berjaya memberi nyawa kepada watak masing-masing dengan dimensi yang berbeza. Ezie digambarkan sebagai seorang yang berimpian tinggi dan tegas, sementara Victoria pula kompleks dan sarat emosi.

Arena Wan & Arabella Ellen ‘Kuasai’ Terowong KLCC Menuju Aquaria! Sisi Luar Biasa Astro Originals, Generasi: Perfect 10

Arena Wan & Arabella Ellen ‘Kuasai’ Terowong KLCC Menuju Aquaria! Sisi Luar Biasa Astro Originals, Generasi: Perfect 10

Inilah mesej yang ingin disampaikan melalui papan iklan lentikular ini , setiap kisah mempunyai sudut pandang tersendiri, bergantung kepada mata yang memandang.

Keunikan ini adalah jiwa Home of Originals: setiap karya, setiap promosi, hadir dengan sentuhan istimewa yang menghubungkan cerita dengan hati penonton.

Arena & Arabella Terharu

Sementara itu, Arena mengakui G:P10 memberikan lembaran baharu dalam kerjayanya sebagai anak seni.

Arena Wan & Arabella Ellen ‘Kuasai’ Terowong KLCC Menuju Aquaria! Sisi Luar Biasa Astro Originals, Generasi: Perfect 10

“Saya rasa sangat bersyukur kerana berpeluang merasai pengalaman seperti ini. Seumur hidup, saya tidak pernah melihat wajah saya di papan iklan, apatah lagi di papan iklan lentikular yang istimewa ini.

“Konsepnya sangat menarik. Kita dapat melihat visual di papan iklan ini bergerak sewaktu kita berjalan melewatinya. Saya sangat gembira.

“Siri ini memang patut ditonton oleh semua peringkat usia dan kewujudan papan iklan lentikular ini secara tidak langsung akan menarik perhatian peminat baharu untuk mengetahui lebih lanjut tentang G:P10,” katanya.

Bagi Arabella pula, beliau percaya promosi Out-of-Home (OOH) seperti ini akan membuka mata masyarakat dan pelancong luar untuk lebih menghargai karya tempatan.

Arena Wan & Arabella Ellen ‘Kuasai’ Terowong KLCC Menuju Aquaria! Sisi Luar Biasa Astro Originals, Generasi: Perfect 10

“Ini merupakan satu langkah promosi berskala besar kerana seperti yang kita tahu, KLCC antara lokasi tumpuan pelancong. Apabila mereka melihat papan iklan lentikular ini, secara tidak langsung mereka akan mengetahui mengenai kehebatan siri tempatan ini,” katanya.

Inisiatif pemasaran ini bukan sahaja menyerlahkan karya tempatan, tetapi turut memperlihatkan sentuhan inovasi yang membangkitkan inspirasi serta menghubungkan hati masyarakat.

Bagi yang terlepas menonton atau ingin kembali menonton kesemua episod Generasi: Perfect 10, boleh strim secara On Demand melalui Astro One atau aplikasi sooka.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads