“Are You Wearing 34b Or 36b,”- Syazwan Zulkifly Didakwa Bertindak ‘Nakal’, Tanya Saiz Coli Wanita Ini Di Instagram?

Share

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @EyntanElysia mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa gangguan seksual daripada seorang pelakon lelaki iaitu Syazwan Zulkifly.

Individu tersebut mendakwa, pelakon yang popular menerusi drama Juvana itu telah bertindak bertanyakan tentang saiz baju dalam yang dipakai.

“Mohon pupus spesies artis begini,” tulisnya.

Menerusi berbualan tersebut, Syazwan dilihat tanpa segan silu bertanyakan hal saiz bahagian ‘itu’.

“Ni nak tanya sikit kat korang. Are you wearing 36b or 38b. Nakal tak?,” soalnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka pelakon lelaki berkenaan sanggup berbuat demikian.

Malah, mereka turut mengecam tindakan aktor itu, kerana ia disifatkan melampau.

Bagaimanapun, sama ada perbualan tersebut sahih atau tidak, sama-sama nantikan kenyataan daripada pihak Syazwan pula.

Sumber: Twitter

IKLAN