Peserta Big Stage Alpha, Araff mengakui dia terpaksa berbohong mengenai keadaan kesihatannya sebelum ini kerana bimbang ia hanya akan mengganggu perjalanannya sepanjang pertandingan.
Menurut Araff atau nama sebenarnya Muhammad Amirull Hasraff Mohd Pilus, dia terpaksa mengambil risiko tersebut kerana tidak mahu ketinggalan dengan rakan peserta lain.
“Hakikatnya saya masih belum sembuh sepenuhnya. Saya terpaksa rahsiakan keadaan kesihatan kerana saya tak nak orang halang saya daripada buat persembahan.
“Saya juga tak mahu orang hilang kepercayaan terhadap diri saya hanya kerana saya sakit. Pada saya, sakit bukan alasan,” katanya kepada MH.
Araff berkata sedemikian ketika ditemui selepas berkahir konsert minggu ke-5 Big Stage Alpha, malam tadi.
Ads
Pernah Pengsan Waktu Latihan
Malah, Araff turut mendedahkan dia juga pengsan sewaktu berlatih namun tidak diketahui oleh peserta lain dan pihak produksi.
“Ahli kumpulan pun tak tahu saya tak sihat. Walaupun mereka tanya macam-macam, saya tetap cakap saya okay.
“Ketika berlatih, saya pengsan tapi saya tak bagitahu orang lain. Saya jatuh di tangga,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dia bimbang tentang keadaan kesihatannya, Araff enggan jadikan sakit sebagai alasan untuk tidak berikan yang terbaik.
Ads
“Saya memang orang yang degil. Memang minat saya nak jadi seorang penghibur dan saya suka bila orang terhibur dengan persembahan saya.
“Saya nak buktikan walaupun saya sakit, saya tetap mampu berikan persembahan terbaik. Saya akui soal kesihatan ini amat penting. Namun, tahap kesihatan saya masih boleh diubati,” kongsinya lagi.
Respon Komen Juri
Mengulas mengenai komen juri yang mengatakan kumpulan Alpha Ultra seperti tiada keserasian dan enggan bekerjasama, Araff menafikan tanggapan tersebut.
Ads
“Untuk persembahan berkumpulan, mungkin masing-masing stres sebab perlu bawakan lagu Korea. Kami belum pernah bawakan lagu Korea kecuali Ray-D.
“Kami tetap bersatu cuma tiada keserasian untuk ketika bawa lagu Korea. Masing-masing kena hafal lirik dan koreografi.
“Chemistry kami ada bila tengah lepak, borak atau group meeting. Tiada ketegangan pun dalam kumpulan. Tiada apa nak digaduhkan. Semua tak tahu lagu Korea,” akhirinya.
Pada konsert minggu ke-4, Araff terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah tekanan darah terlalu tinggi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan pelakon, Eyra Hazali telah selamat bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli kita-kira jam 9.35 malam tadi dengan sekali lafaz.
Eyra atau nama lengkapnya, Hazirah Qasdina Hazali dinikahkan bapa pengantin perempuan, Hazali Ramli, dengan disaksikan Abdul Jamel Jaafar, selaku Pendaftar Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Masjid As-Syakirin KLCC.
Pada majlis berkenaan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.
Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.
“Syukur Allhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar. Sebelum dinikahkan, jujurnya saya gementar namun Allah permudahkan urusan kami.
“Banyak juga dugaan yang kami lalaui menjelang hari pernikahan. Satu persatu dugaan termasuklah tempat nikah. Sampaikan masjid ini adalah lokasi kedua yang kami tukar,” katanya.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 150 tetamu termasuk keluarga, kenalan rapat dan teman media.
Eyra menggayakan persalinan hasil rekaannya sendiri dan dijahit ibunya sendiri, Qhuzie Johari.
Terdahulu heroin drama Mr Grey itu mengikat tali pertunangan dengan Haziq pada 1 Disember tahun lalu.
Penyanyi Jaclyn Victor mengakui dia hanya berharap agar dapat membuat persembahan terbaik dan konsisten sepanjang minggu di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) tanpa memikirkan hal lain yang boleh menjejaskan tumpuannya.
Jac, 43, berkata dia perlu membuat demikian, lebih-lebih menerusi minggu duet malam tadi yang menyaksikan dia meraih markah tertinggi iaitu 92.40 peratus.
“Saya pernah cakap sebelum ini, ia (persembahan duet) bukan sebab ‘nakberperang’ atas pentas, tapi setiap kali saya menyanyi dengan seseorang, saya cuba nak buat persembahan itu sebaik yang boleh.
“Kalau orang cakap pada saya, kenapa kau ‘bagi’ (bersungguh) sangat. Saya cakap, kena buat. Tambahan lagi saya berduet dengan Aina Abdul. Jadi kami sama-sama kenal pasti apa kelebihan masing-masing di atas pentas.
“Sumpah, apa yang saya doakan ialah semoga boleh buat persembahan yang baik. Saya tak perlu kena menang, tak mengapa. Tapi biar baik persembahan saya. Itulah yang saya doakan,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai pengalamannya berduet dengan Aina, Jac akui suka semangat yang ditunjukkan penyanyi lagu Semalam itu.
Jac pada masa menjelaskan dia senang bekerjasama dengan Aina sepanjang sesi latihan.
“Saya memang kagumi dia sebagai penyanyi. Dia masih muda, tapi bagus. Dia tak berhenti belajar. Bagi saya dia sentiasa cuba untuk memperbaiki diri.
“Rasanya dia sendiri pun tahu ini pertandingan yang sedang saya sertai. Kami berbincang dari segi pembahagian lagu dan rasanya dia faham seterusnya beri ruang kepada saya.
“Cuma saya bila kita menyanyi secara duet, kita perlu sokong di antara satu sama lain. Saya tak suka jadi penyanyi yang pentingkan diri sendiri. Tak boleh begitu, nanti hasilnya tidak memuaskan,” katanya lagi.
Pengacara Hawa Rizwana memohon maaf seterusnya akan lebih berhati-hati di dalam soal pemakaian susulan penampilannya yang mengenakan seluar yang didakwa ketat di sebuah acara baru-baru ini yang menimbulkan reaksi pelbagai di kalangan wargamaya.
Hawa atau nama sebenarnya, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 27, turut mengambil maklum segala kritikan yang dilemparkan seterusnya menerima segala teguran dengan hati terbuka.
“Saya tiada niat nak buat orang marah atau sakitkan hati mana-mana pihak. Saya menerima setiap komen yang diberikan dengan positif.
“Foto yang dikongsikan itu adalah ketika saya mengendalikan sebuah acara yang bertemakan rock. Jadi saya mengupah penata gaya untuk sediakan busana yang bersesuaian dengan tema acara itu.
“Saya akui suka berkarya apabila berfesyen, terutama ketika menghadiri sesebuah acara. Tapi kalau ada waktu terluang saya lebih selesa dengan penampilan yang kasual dan santai,” katanya.
Hos program MeleTOP ini bagaimabapun menambah, setiap foto yang dimuat naik di media sosial akan melalui proses ‘saringan’ dengan orang di sekelilingnya.
“Sebelum saya kongsikan gambar atau video di media sosial, saya selalu minta pandangan daripada rakan terdekat dan ahli keluarga.
“Jika perkongsian itu tidak bersesuaian dengan saya, selalunya saya akan padam. Bagi saya, komen daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sangat penting.
“Jadi dalam situasi ini saya sedar mungkin fesyen yang digayakan kurang senang di mata sesetengah pihak. Saya sekali lagi mohon maaf,” katanya lagi.
Terdahulu menerusi perkongsian gambar berkenaan di Instagram, Hawa menerima pelbagai kecaman susulan seluar hitam kulit yang dipakai bersama baju-T gelap serta jaket.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Katy Perry mencetuskan kontroversi selepas memfailkan tuntutan balas bernilai kira-kira AS$6 juta (RM27.7 juta) terhadap lelaki berusia 85 tahun, Carl...