Selepas mengambil keputusan berdiam diri, pelakon dan penyanyi, Aqasha akhirnya membuka mulut mengenai kontroversi rumah tangganya yang melanda dua bulan lalu.

Pemilik nama sebenar Firdee Akassya Rosli, 35, menyifatkan hubungannya dengan isteri, Noor Baizura Mohd Sabri,  OK.

“Keadaan kami ok, hubungan kami ok dan saya juga ok. Cuma saya tak boleh buat apa-apa dengan spekulasi.

 

“Malah dari awal lagi saya ambil jalan untuk bertenang dan tak nak susahkan diri sendiri.

 

“Bagi saya cukup saya tahu apa yang saya buat dan boleh kendalikan situasi dengan baik itu sudah memadai.

 

“Apa orang nak kata terpulanglah. Lagipun saya rasa lelaki, dia tak suka sangat nak bercerita. Lainlah perempuan, mereka kadangkala beremosi,” ujarnya ketika ditemui pada Sidang Media Program Ramadan TV3 & TV9 di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Ditanya adakah dakwaan yang timbul sebelum ini benar-benar berlaku, Aqasha menjawab : “Saya rasa kalau dakwaan yang timbul, orang yang buat dakwaan itulah yang kena jawab.

“Tapi kalau mengenai screenshot perbualan, tentulah benda yang betul ada,” ujar.

Aqasha Akhirnya Buka Mulut Kisah Rumah Tangga

IKLAN

Aqasha berkata, dia juga tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan Rita selepas ini.

“Apabila kita bekerja, we deal with professional, kita kenalah matang. Saya tak ada masalah untuk bekerja dengan dia selepas apa yang berlaku,” tegasnya.

Dua bulan lepas, heboh seketika apabila isteri Aqasha,  mendakwa kononnya aktres, Rita Rudaini cuba mengganggu rumah tangga mereka.

IKLAN

Rita dan Aqasha sebelum itu bergandingan dalam drama Misi Laksa Dan Laksam.

IKLAN

Baizura sebelum ini telah berkongsi di Instagram perbualan suaminya dan Rita sehingga ia mendapat perhatian netizen yang mempertikaikan tindakan aktres itu.

Dalam pada itu, menerusi laporan akhbar mingguan pada Ahad, Rita menjelaskan cetakan skrin yang didedahkan oleh isteri pelakon tersebut adalah gurauan sesama pelakon di set penggambaran semata-mata.

Tambah Rita, dia mengenali Aqasha  sejak aktor itu berusia 19 tahun lagi dan menyifatkan hubungan berkenaan seperti sahabat baik.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI