Penyanyi dan pereka fesyen, Victoria Beckham tidak dibenarkan memakai kasut tumit tinggi buat sementara waktu kerana kecederaan pada bahagian kaki.

Menerusi laman Instagram peribadinya, isteri kepada David Beckham yang sinonim dengan gelaran Posh Spice ketika bersama Spice Girls ini memuat naik foto dia menggunakan tongkat ekoran kecederaan yang dialami.

Apa Sebab Victoria Beckham Bertongkat, Tak Lagi Dibenarkan Pakai Kasut Tumit Tinggi Lagi Ni?

IKLAN

“Terima kasih atas ucapan dan doa kalian, ia hanyalah patah tulang kecil. Saya hanya perlukan rehat,” tulisnya sambil disertai dengan tanda palang #itsnotideal.

Memetik laporan portal antarabangsa, Victoria terpaksa melupakan seketika niat untuk mengenakan kasut tumit tinggi sehinggalah kecederaannya pulih. Malah, dia turut tidak digalakkan untuk memakai kasut tumit tinggi ketika waktu bekerja.

Terdahulu, bintang yang turut dikenali sebagai ikon fesyen ini cukup dikenali dengan siganture dengan kasut tumit tinggi, lengkap dengan kaca mata oversize.

IKLAN

 

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI