Menjadi seorang isteri dan ibu bukanlah satu perkara yang mudah kerana tanggungjawab yang harus digalas teramatlah berat.

Alangkah seronoknya si isteri kalau mendapat seorang suami yang sangat memahami tugas mereka.

Bertuah isteri kepada pelawak dan penyampai radio terkenal, Fad Bocey kerana mempunyai suami yang sangat memahami tanggungjawab isterinya dalam menjaga makan pakai suami serta anak-anak.

‘Apa Salahnya Cuti Dan Bantu Isteri ‘ – Fad Bocey Sanggup Tolak Tawaran Demi Anak, Isteri

IKLAN

Fad berkata kepada satu sumber, dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon demi meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

“Tugas seorang isteri bukan mudah, lebih-lebih lagi bila anak-anak dah semakin membesar.

 

“Jadi buat masa ini saya hanya fokus kerja sebagai penyampai radio ERA fm dari Isnin hingga Jumaat sahaja. Sabtu dan Ahad kebiasaannya saya akan berehat di rumah dan luangkan masa bersama mereka.

 

“Saya akui ada beberapa tawaran berlakon saya tolak, saya tak nafikan ada juga pengarah yang bertolak-ansur dan mahu mengikut waktu kerja saya.

 

“Tetapi saya tidak mahu menyusahkan semua orang jadi buat masa ini saya rasa biarlah saya tolak dulu tawaran berlakon,” katanya kepada Astro Gempak.

‘Apa Salahnya Cuti Dan Bantu Isteri ‘ – Fad Bocey Sanggup Tolak Tawaran Demi Anak, Isteri

IKLAN

Menurut Fad lagi, dia tidak mahu anak-anaknya rasa seperti diri mereka terabai jika dia terlalu sibuk bekerja.

“Kalau boleh saya tidak mahu anak-anak saya terasa seperti diabaikan jika terlalu sibuk dengan kerja.

 

“Lagipun apa salahnya cuti dan bantu isteri di rumah. Tugas isteri bukannya mudah, bila cuti sekurang-kurangnya dapat jugalah ringankan bebannya,” katanya lagi.

‘Apa Salahnya Cuti Dan Bantu Isteri ‘ – Fad Bocey Sanggup Tolak Tawaran Demi Anak, Isteri

IKLAN

MH puji dengan pendirian Fad yang sanggup berkorban menolak beberapa tawaran berlakon hanya untuk memberikan masa secukupnya kepada keluarga.

Di saat anak-anak membesar ini sememangnya mereka memerlukan perhatian yang cukup daripada kedua-dua ibu dan bapanya. Semoga keluarga Fad sentiasa diberi kebahagiaan hingga ke syurga.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI