Pelakon, Puteri Sarah Liyana yang telah disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian saringan di Pusat Perubatan MSU, Shah Alam pada Rabu ada berkongsi cerita tentang masalah tiada deria rasa yang dialaminya.
Menurut Puteri Sarah, 36, semua makanan yang dinikmati tak ubah rasa seperti meminum air suam.
Lalu bintang ini meluahkan rasa sedih bersama pengikut di laman media sosial Instagram.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini menyifatkan perkara tersebut sebagai satu nikmat yang ditarik oleh Yang Maha Esa.
“Jaga diri semua Covid – 19 is real guys !!! Salam Zohor, Sedihlah… bila makan takde rasa huhuhu. Nikmat Allah yang ditarik.
“Makan apa pun takde rasa, guna imaginasi sendiri tengah makan sup ekor padahal semua rasa macam air suam paling best, kalau ada bau busuk memang tak bau lansung,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan doa dan kata semangat kepada pelakon drama bersiri Sabarlah Duhai Hati itu.
Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Aiman Hakim & Zahirah MacWilson ‘Cuti-Cuti Cinta’ Di Myanmar
Pasangan sama cantik, sama padan iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson sering menjadi perhatian peminat di laman media sosial.
Terkini, Aiman ada berkongsu momen saat bercuti di Myanmar yang turut disertai tunangnya, Zahirah.
Dalam pada itu, Aiman ada berkongsi beberapa keping foto percutian tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Travel to yangon,myanmar with my ex gf aka Fiance #FirstClasseGoesTo
#TumiMY #PerfectingtheJourney #FirstClasseMalaysia #allsaintsmy,” tulisnya.
Alahai, bukan main romatis pasangan pelakon drama bersiri Curi-Curi Cinta ini.
Untuk rekod, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga Februari depan.
Foto: Instagram Aiman Hakim Redza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allah Nak Tegur Tu, Sekelip Mata Je Jadi Kan?,” – Kenang Cuti-Cuti Di Luar Negara, Nadya Syahera Pohon Doa Hapus Pandemik COVID-19 Sebelum Hari Raya
Pelakon Nadya Syahera ada berkongsi foto memori tahun lepas apabila dirinya sekeluarga bercuti ke luar negara.
Meski banyak dugaan yang perlu didepani kerana membawa dua anak kecil ke destinasi percutian yang agak jauh berbanding sebelum ini, namum dia gembira apatah lagi apabila mengenangkan situasi semasa yang berlaku ketika ini.
“Antara kenangan tahun lepas, 1st time bawak 2ketui ni pi jalan jauh. Banyakkk jugak cabarannya, sangat berbeza dgn trip2 sblm ni ye.
“Bawak anak kecik tak sempat bercinta wey haha. Biasa p berdua, pastu terus try p berempat negara yg jauh, sejuk plus last minit plan. Nahhh! macam2 lah jadinya.
“Tapi keseluruhan, anak2 happy and kitorg pun happy sbb dorg happy,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon drama rantaian, Chandelier ini turut berdoa agar umat Islam dapat meraikan Syawal sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
“Pastu siapa sangka, tahun ni mungkin tak berpeluang dah nak pegi travel negara2 luar akibat penularan Wabak Covid19 ni, habis semua kena.
“Allah nak tegur tu, sekelip mata je jadi kan?
Takpelah, PKP dilanjutkan lagi, Ramadhan kita tahun ni takkan sama dgn tahun2 sblm ni.
“Doakan semoga kita dapat beraya seperti selalu. Hapuslah wabak covid19 ya allah,” pohon isteri kepada usahawan, Fizul Nawi ini.
View this post on InstagramA post shared by NS (@nadyasyahera) on
Foto: Instagram Nadya Syahera
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mama Di Depan Kaabah Nanti…,” – Abby Abadi Berlepas Ke Tanah Suci, Mendoakan Kesihatan Bayi Pramatangnya
Pelakon Abby Abadi dan suami, Faizal Zakaria kini telah pun berada di tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah yang turut disertai ahli keluarganya yang lain termasuk rakan pelakon, Memey Suhaiza.
Malah detik-detik keberangkatan mereka turut dikongsikan menerusi Instagram.
Menerusi salah satu postingnya sebelum ke tanah suci pula, bintang Gerak Khas itu ada berkongsi foto susu badan yang sudah sedia tersimpan dan sebelah kaki anak bongsunya, Muhammad Danial Farhan yang dilahir secara pra-matang.
Abby ada bercerita mengenai amaun susu yang diperlukan si anak selama ketiadaanya.
“Setelah berkira2, Stok susu yg ditinggalkan ni cukup utk Baby Danial selama lebih 10hari, InshaALLAH. TQ tau Mummy @memeysuhaiza bantu Mama.
”Mama dapat kumpul 27, Mummy usahakan 10. Ada yg2oz, ada yg 3oz, yg 4oz pun ada. Baby Danial minum 13cc skrg. 1oz bersamaan dgn 30cc.
”Katalah 1plastik beg buleh minum 5/6kali, cukupkan? Lebih lagi utk 10 hari inshaALLAH,” tulisnya.
Pada masa sama, Abby turut memaklumkan mengenai perkembangan puteranya itu.
“Dah 69hari dah hero kecil mama abah ni. Walaupun beratnya turun balik 974gram kerana ada komplikasi pada hati, tapi Mama yakin Baby Danial Mama sangat kuat kan sayang.
”Mama Abah,Mummy, Papa, Atuk, Nenek, Abang Kakak semua akan mendoakan Baby Muhammad Danial Firman Mama di depan kaabah nanti agar mendapat Aafiyah dari ALLAH.. Mohon juga doa berterusan dari Sahabat2 disini juga ye.. Amin,” tulis Abby sambil diiringi dengan pelbagai harapan serta doa dari para peminat.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Terdahulu, Abby melahirkan bayinya itu ketika usia kandungan cecah enam bulan.
Dia terpaksa melahirkan bayinya dalam proses pembedahan 27 September lalu selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi meningkat.
Pada tahun 2017, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Semoga Abby dan rakan jemaah lain mendapat umrah mabrur, amin.
Foto: Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI