Sejak akhir-akhir ini, tindakan sengaja mencipta gimik bagi mempromosikan drama-drama terbaharu dilihat sudah menjadi trend di kalangan segelintir pelakon dan rumah produksi.

Malah, sesetengah daripada mereka juga dikatakan tidak kisah untuk bertindak diluar batasan bagi menyokong idea tersebut.

“Apa Perasaan Bila Keluarga Atau Saudara Mara Tengok?,” – Along Kamaludin Minta Henti Budaya Tidak Sihat

Bagaimanapun, menurut pengarah tersohor, Along Kamaludin, dia merasakan trend seperti ini sebagai budaya yang tidak sihat dan akan menjejaskan imej drama tempatan dikemudian hari.

“Kita ini janganlah melampau sangat. Kerana nak menaikkan nama sendiri, kita sanggup buat perkara yang bukan-bukan. Bagi saya, tindakan ini tak bagus.

“Saya tahu selepas insiden tersebut nama pelakon ini semakin melonjak-lonjak. Jumlah followers juga naik mendadak tapi saya tak rasa ini trend yang sihat.

IKLAN

“Boleh bayangkan tak? Apa perasaan bila keluarga you tengok, saudara mara you tengok atau anak-anak buah you tengok? Macam mana mereka akan pandang anda kalau berkelakuan sedemikian.

“Saya mengharapkan agar artis-artis di luar sana tak kira baru atau lama, mereka kena tahu apa yang mereka buat. Kita ada hak sama ada nak buat atau tidak sesuatu adegan yang kita tahu boleh menjatuhkan imej kita sendiri,” katanya kepada MH.

Along atau nama sebenarnya, Shahrom Kamaludin berkata sedemikian dalam satu temuramahnya bersama MH, baru-baru ini.

“Apa Perasaan Bila Keluarga Atau Saudara Mara Tengok?,” – Along Kamaludin Minta Henti Budaya Tidak Sihat

IKLAN

Jelas Along lagi, para pelakon ini juga sebenarnya mempunyai hak untuk menolak permintaan pengarah seandainya adegan tersebut boleh menjatuhkan reputasi mereka sebagai anak seni.

“Sejujurnya saya agak kecewa dengan artis-artis berkenaan. Memang betul anda hanya ikut arahan pengarah. Anda boleh sahaja untuk berkata tidak. Kalau pengarah tu suruh tidur sambil buka baju, you akan buat ke?

“Artis-artis ini sendiri boleh berfikir dan perlu bijak. Kalau pengarah itu suruh buat pun, anda ada hak untuk menolak kerana anda tahu perkara ini boleh menjatuhkan imej drama Melayu,” kongsinya lagi.

“Apa Perasaan Bila Keluarga Atau Saudara Mara Tengok?,” – Along Kamaludin Minta Henti Budaya Tidak Sihat

IKLAN

Ketika ditanya mengenai jumlah pengikut di media sosial yang dikatakan menjadi aset terbesar bagi seseorang pelakon, Along berpandangan penonton masa kini lebih dahagakan karya-karya yang berkualiti.

“Saya tak rasa faktor followers di media sosial ini boleh memberikan kesan kepada rating drama. Sebagai contoh, pelakon ini mempunyai jumlah followers sampai 4 juta tapi kenapa rating cerita yang dilakonkan itu tak sama seperti angka tersebut.

“Pada saya, penonton masa kini sudah bijak menilai. Mereka ini ingin menonton jalan cerita yang baik. Itu yang penting sebenarnya.

“Kalau guna pelakon baharu sekali pun dan jalan ceritanya pula hebat, penonton akan tetap menonton. Begitu juga sebaliknya,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI