“Apa Orang Nak Kata Di Belakang Saya, Itu Terpulanglah,” – ‘Kaut’ Semua Kerja Seni? Sekali Shiha Zikir Bagi Respon!

Share

Pelbagai cabang seni seperti nyanyian, lakonan, pengacaraan, penyampaian radio dan dunia komedi telah diterokai Shiha Zikir.

Lalu, perkara itu secara tidak langsung menyebabkan timbul suara-suara nakal yang mendakwa Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 35, bersikap yang tamak dalam ‘membolot’ semua kerja seni.

Tidak mudah melatah, Shiha berkata dia sekadar ingin mencuba sesuatu bidang yang baharu agar dapat mengembangkan lagi ‘resume’ dalam perjalanan seninya.

“Saya bukanlah tamak atau kaut apa sahaja tawaran yang datang. Tetapi lebih kepada ingin mencuba pelbagai bidang.

“Bagi saya, baik menyanyi, berlakon, mengacara atau jadi penyampai radio sekali pun, semua itu dalam cabang seni.

“Bagaimanapun, kalau saya rasa tidak yakin untuk menjayakan sesuatu tawaran itu, saya akan tolak,” katanya.

Tambah penyanyi lagu AEWO itu lagi, dia hanya berpegang kepada prinsip untuk melakukan apa sahaja kerja dengan sepenuh jiwa.

“Bagi saya apa yang penting, kalau kita nak buat sesuatu, lakukanlah dengan betul-betul. Itu prinsip yang saya pegang dari dulu sampai sekarang.

“Apa orang nak kata di belakang saya, itu terpulanglah. Kalau saya nak terasa atau nak ikut apa orang kata, akhirnya saya tidak akan ke mana-mana.

“Saya terbuka menerima apa sahaja komen untuk setiap hasil kerja saya, supaya saya dapat memperbaiki diri pada masa akan datang,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, drama terkininya, Ada Apa Dengan Saka kini sedang ditayangkan di TV9, jam 8.30 malam setiap Khamis.

Selain Shiha, naskhah berkenaan turut dibintangi Syazwan Zulkifli, Wanns Ahmad, Dynaz Mokhtar, Watie Elite dan Azri Iskandar.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN