Penyanyi, Sufie Rashid mendedahkan dia tidak berkesempatan untuk khatam al-Quran dan kini dalam proses membaca dari Iqra’ satu.

Sufie atau nama sebenarnya Muhammd Sufi Rashid berkata, atas inisiatif sendiri dia mengikuti program Kelas Ngaji Talaqqi dan Tadabbur (TNT) secara dalam talian anjuran stesen TV AlHijrah dengan kerjasama Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd pada setiap Rabu.

“Sewaktu kecil saya pernah masuk madrasah mengaji, tapi saya tidak khatam dan terus berhenti. Memang ada niat nak belajar tapi apabila sering memberikan alasan ia sering tertunda.

“Saya fikir sampai bila tak pandai membaca dan mengaji al-Quran. Itu yang saya terbuka hati nak belajar semula. Apa lagi pada 28 Januari depan umur sudah 30 tahun.

“Jadi, sejak sebulan lalu saya ambil inisitif mengikuti kelas dalam talian bersama seorang Ustaz Iman pada setiap Selasa, selepas maghrib selama 15 minit.

“Kemudian, TV Alhijrah pelawa untuk terbabit dalam program mereka. Jadi, saya ada tambahan ustaz yang mengajar selama sejam. Bukan belajar baca Iqra’ saja, tapi saya boleh bertanya semua perkara seperti solat, bacaan dalam solat dan persoalan mengenai bab agama.

IKLAN

“Alhamdulillah, saya sudah habiskan bacaan Iqra’ satu dan dua. Sekarang saya masuk Iqra’ tiga. Saya memang tidak boleh baca langsung. Nak kenal huruf pun lupa. Saya nak jadikan azam 2021 yang mana boleh baca dan khatam al-Quran,” katanya yang dipetik menerusi laporan Harian Metro.

Apa Nak Malu? Sufie Rashid Kini Proses Baca Iqra – “Sampai Bila Tak Pandai Membaca Dan Mengaji Al-Quran? Itu Yang Saya Terbuka Hati Nak…

Sementara itu, bintang berusia 29 tahun yang juga juara program Akademi Fantasia 2015 menjelaskan, tidak ada apa yang perlu dimalukan apabila berkongsi perkara itu.

IKLAN

“Nak kata malu, mesti ada rasa malu sebab kita manusia. Apa lagi perkara macam ini. Tapi sampai bila nak malu dengan orang sedangkan dengan Allah tak malu? Itu yang sepatutnya dahulukan.

“Bagi saya biarlah malu asalkan dapat ilmu. Alhamdulillah, apabila saya berkongsi di media sosial ramai mesej DM bertanya dan minta motivasi,” katanya.

Kelas Ngaji Online Talaqqi dan Tadabbur (TNT) yang bermula sejak bulan lalu adalah bagi mewujudkan satu platform dalam talian bagi rakyat Malaysia mempelajari al-Quran dari rumah sambil dibimbing Qari dan Qariah terkenal.

IKLAN

Apa Nak Malu? Sufie Rashid Kini Proses Baca Iqra – “Sampai Bila Tak Pandai Membaca Dan Mengaji Al-Quran? Itu Yang Saya Terbuka Hati Nak…

Antara terbabit adalah seperti Ustaz Fazrul Ismail, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Tirmizi Ali, Ustazah Farhatul Fairuzah Panut dan ramai lagi.

Selain berpeluang mendalami ilmu al-Quran, peserta turut akan diberikan ujian pada setiap sesi kelas bagi memastikan peserta betul-betul memahami dan mendapat ilmu sepanjang kelas berjalan.

Sumber, Foto : Harian Metro, Instagram Sufie Rashid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI