Terbaru menerusi satu video yang tular di Facebook, merakamkan pengasas kosmetik terkenal, Nur Sajat yang sedang memperkatakan tentang seorang bekas lelaki lembut yang dikenali sebagai ‘cikgu’.

Dalam rakaman video tersebut Sajat mengatakan dia tidak faham mengapa ada pihak yang mahu menyamakan dirinya dengan cikgu tersebut.

“I tak faham kenapa korang nak samakan I dengan cikgu tu? Dan I tak faham kenapa cikgu tu dah tua baru nak insaf, rumah kata pergi kubur kata mari,” ujar Sajat sambil ketawa.

Tambah Sajat lagi, cikgu tersebut membuat strategi pemasaran untuk menjual produk.

“Tup tup tup jual produk untuk elokkan hati, kenapa tu?, kuat marketing,” ujarnya lagi.

IKLAN

Sajat berkata lagi bahawa cikgu tersebut pernah menunjuk silikon, membuat video di dalam kereta sambil menangis dalam kereta dan berdoa dan Sajat mengatakan cikgu tersebut pandai berlakon.

“Tunjuk silikon la pastu video dalam kereta la, menangis dalam kereta la berdoa la baca surah Al Fatihah la menangis-nangis, kuat drama kan,” katanya lagi dalam video tersebut.

Cikgu tersebut difahamkan telah membuat video-video live tersebut kerana terpaksa lalu Sajat telah mempersoalkan mengapa cikgu tersebut terpaksa membuat video itu.

IKLAN

“Dia kata live tu terpaksa, kenapa terpaksa? Tangan yang kau tekan tu semua terpaksa la? Habis tu yang kau menangis tu semua terpaksa la?,” soal Sajat.

Pengasas kosmetik ini juga turut mengatakan bahawa cikgu tersebut sudah berusia dan nyanyok kurang daya ingatan.

Mari kita lihat video penuh Sajat ini di bawah,

IKLAN

Namun begitu Sajat tidak menyatakan nama cikgu tersebut di dalam video itu. Mungkin apa yang dikatakan oleh Sajat ini hanya sekadar luahan peribadinya dan pendapat tersendiri.

Masing-masing punya hak untuk meluahkan rasa hati dan memberi pendapat peribadi. Apa pula kata anda?

Sumber: Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI