Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Uncategorized Apa Kenangan Manis Aisyah Aziz & Ayda Jebat Di APM2017?

Apa Kenangan Manis Aisyah Aziz & Ayda Jebat Di APM2017?

Menerusi muzik, rumpun bangsa dapat disatukan seterusnya memberi motivasi terbaik buat insan seni untuk menghasilkan lebih banyak karya berkualiti tinggi demi memberi kepuasan maksimum kepada peminat.
Itulah harapan dan semangat dibawa penyanyi muda, Aisyah Aziz yang mencatatkan kejayaan membanggakan pada malam Anugerah Planet Muzik 2017 (APM2017), secara langsung dari Mes Theatre Mediacorp, Singapura, Sabtu lalu.

Anugerah tahunan itu menyaksikan adik kepada artis, Aliff Aziz itu membawa pulang tiga anugerah iaitu Lagu Terbaik Singapura, Kolaborasi Terbaik Lagu dan Lagu Terbaik APM2017.

Menyifatkan kemenangan yang diraih sebagai bonus dan kejutan terbesar di dalam kerjaya seni, Aisyah atau nama sebenarnya, Nur Aishah Aziz, 23, mengakui pada peringkat awal, dia hanya jangka akan meraih satu anugerah sahaja, iaitu Lagu Terbaik Singapura.

Bagaimanapun, katanya, dia terkejut dan tidak percaya apabila namanya diumumkan sebagai pemenang dua kategori itu, apatah lagi apabila memenangi kategori utama, Lagu Terbaik APM.

“Malah, pihak pengurusan, Paranormal juga tidak jangka lagu Senyum Saja mampu mencipta kejayaan semanis itu. “Alhamdulillah dan terima kasih dari kami kepada pihak juri yang percaya dengan lagu tersebut. Sebagai anak seni yang masih boleh dikira baru, saya anggap kemenangan ini sebagai pendorong untuk melakukan yang terbaik pada masa depan,” kata Aisyah kepada Media Hiburan.

Aisyah yang pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-10 (AF10) lalu menambah, kekuatan tersendiri pada Senyum Saja yang ringkas, easy listening tetapi sarat makna menjadi kekuatan untuk menerima anugerah.

“Bagi saya, lagu tersebut sarat emosi. Saya, Haikal dan beberapa rakan menulis lagu ini bersama emosi tersendiri dan mesej yang mahu disampaikan juga serasi dengan cita rasa pencinta muzik. Jadi kami rasa itulah kekuatan buat Senyum Saja,”jelasnya sambil diakui rakan duet, Haikal Ali.

Apa Kenangan Manis Aisyah Aziz & Ayda Jebat Di APM2017?

IKLAN

Penyanyi dari Singapura itu juga bangga dan teruja apabila berpeluang berkolaborasi bersama rakan lamanya itu.

“Baik di Singapura dan Malaysia, nama Aisyah sudah sinonim bagi peminat muzik bagi kedua-dua negara. Jadi bila ada peluang untuk merakam lagu duet, saya anggap itu sebagai satu peluang besar. Kami saling memuji dan mengenali di antara satu sama lain. Alhamdulillah, kejayaan di APM menjadi saksi kepada segala-galanya,” ujar Haikal jujur.

Enggan menoleh ke belakang, Aisyah berkata, kejayaan yang dilakar hari ini tidak menjadi sandaran besar buatnya untuk bersenang-senang. Sebaliknya, dia perlu berusaha lebih keras untuk mengembangkan bakat seninya ke negara luar selepas ini.

Katanya, atmosfera muzik di Singapura tidak terlalu besar dan penyanyi ini berharap kemenangan berkenaan akan membuka jalan lebih luas untuk ‘viralkan’ muzik Singapura ke negara serantau.

IKLAN

“Kita guna bahasa yang lebih kurang sama. Jadi saya tidak nampak ada jurang yang memisahkan. Muzik menyatukan dan sebagai penyanyi, sudah tentulah saya ingin  menghiburkan peminat walau di mana mereka berada,” kongsi Aisyah yang kini sedang merangka projek menyiapkan album yang mungkin akan dilancarkan pertengahan tahun depan.

Sementara itu, Ayda Jebat yang turut membawa pulang Anugerah Ikon Media Sosial menambah, kemenangannya menerusi kategori tersebut menjadi bukti kesetiaan peminat masih utuh, apatah lagi kategori itu mengiktiraf selebriti yang mempunyai platform kuat di jaluran media sosial.

“Saya sedar, bila menang anugerah yang melibatkan undian peminat, ada pandangan skeptikal kategori tersebut tidak relevan memandangkan ia bukanlah daripada kategori terbaik.

 

“Bagi saya, tak kisah kalau ada yang memberi persepsi sedemikian kerana paling penting, kesetiaan dan kesungguhan peminat melihat kita naik ke pentas menerima anugerah.

 

“Saya terima dengan hati terbuka bila tidak berjaya menang kategori lain sebab saingan pun bukan calang-calang. Tapi, saya puas hati dengan kemenangan di APM tahun ini.

Nyata anugerah itu menjadi dorongan kuat untuk artis ini memberikan yang terbaik kepada peminatnya selepas ini,

IKLAN
Apa Kenangan Manis Aisyah Aziz & Ayda Jebat Di APM2017?

Tambah Ayda, pada peringkat awal, pihak APM menghubunginya meminta untuk lock masa kerana dia akan turut terlibat sebagai seorang artis untuk membuat persembahan.

“Tiba-tiba mereka minta saya sediakan ramai penari kerana saya bakal membuat persembahan untuk opening. Terkejut juga tapi gembira pada masa sama.

 

“Jika sebelum ini saya hanya terlibat secara medley bersama rakan artis lain tetapi tahun ini menyanyi secara solo untuk slot intro. Memang teruja, memandangkan lagu Nakal Nakal Nakal juga ada peminat tersendiri di Singapura dan Indonesia,” terang Ayda.

Penyanyi dan pelakon ini juga memberitahu, dia berbesar hati apabila single tersebut menaikkan namanya di negara berkenaan.

“Bayangkan, tontonan di YouTube untuk lagu Pencuri Hati versi dangdut lebih ramai berbanding versi asal. Saya juga terima banyak maklum balas positif daripada peminat di Indonesia. Lebih bersemangat bila ada sokongan sedemikian,” tambah Ayda yang turut menjadikan penglibatannya di APM sebagai ruang terbaik untuk berkenalan seterusnya mengenali karyawan seni dari luar negara dengan lebih dekat.

Jelas Ayda, dia tidak pasti perkara yang boleh dilakukan apabila mengenali dan berdepan ramai insan seni dari negara luar, oleh itu dia mengambil peluang ini dengan sebaik-baiknya.

Terbaru, Ayda muncul dengan lagu Pinjamkan Hatiku berduet bersama Adi Priyo.  Lagu tersebut merupakan runut bunyi filem sulungnya, Pinjamkan Hatiku yang bakal ditayangkan di pawagam November depan. Turut berlakon di dalam filem arahan Osman Ali itu ialah Shaheizy Sam dan Farid Kamil.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI