Apa Jadi Azharina?

Share

“Show must go on.” Itu tulis penyanyi Azharina, yang diduga apabila kesihatan tidak menyebelahi dirinya, beberapa hari sebelum konsert skala besarnya berlangsung.

Penyanyi asal Sabah itu memaklumkan persembahan perlu diteruskan memandangkan inilah harga yang perlu dibayar apabila menjadi seorang penghibur.

“Show must go On. The price you pay for being an entertainer .. i never give up nor will give in.. im a survivor as long as im alive and Allah Taala is with me .. amiin.

“Tq to my personal doctor DrMan Ttdi , Dr. Linda Radiant clinique , And doc Lim for always taking care of my health .. im a strong woman i am today is for my children,” tulisnya menerusi perkongsian di Facebook, pada Rabu.

Bagaimanapun difahamkan keadaannya kian pulih apabila kini sedang giat menjalani latihan untuk konsert istimewanya, Concert Azharina : Queen of Soul yang bakal berlangsung esok di Royal Theatre, Shah Alam tepat jam 8.30 malam.

Terdahulu, menerusi ruangan komen para peminat turut mendoakan kesihatan Azharina selain mengharapkan segala persiapannya menjelang konsert berjalan lancar.

Foto: Instagram/Facebook Azharina

 

 

IKLAN