“Antaranya, Janji Kepada Arwah Din Beramboi,” – Tamat Shooting, Afdlin Shauki Dedah 8 Tahun ‘Peram’ Karya Baik Punya Ah Long

Share

Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki ada berkongsi cerita selepas tamat menjalani satu pengambaran filem bertajuk Baik Punya Ah Long.

Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan memberitahu, ini merupakan satu impian bagi dirinya untuk merealisasikan filem istimewa ini.

Ini kerana, Afdlin memaklumkan pernah berjanji dengan rakan pelawak, Allahyarham Din Beramboi untuk menghasilkan filem komedi buat penonton.

“Aku di celah lobang!! Pengalaman yang yg penuh dugaan yg tak boleh di lupakan. Filem Baik Punya Ah Long adalah karya yg ku tulis sudah lebih kurang 8 tahun lamanya.

“Tak sangka impian untuk merealisasikan filem ni akhirnya menjadi kenyataan. Kadang kadang aku tertanya buat filem ni untuk apa sebenarnya

“Banyak sebabnya, untuk dikongsikan semua.

“Tapi antaranya, janji kepada arwah din beramboi, rindu bercerita pada penonton cerita-cerita pelik aku yg menghiburkan.

“Lama tak melepaskan pandangan terhadap isu isu sosial yg sedang berlaku di negara ini.

“Tq Astro Shaw dan Petra Vision Works atas kepercayaan ini. Sekarang ni jom kita fikirkan tentang masaalah panggung pulak dan bagaimana nak mempertontonkan filem filem ini. #baikpunyaahlong #astroshaw #petravisionworks,” tulisnya.

Terdahulu, arwah Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Miod Badri meninggal dunia pada 2 April 2010 akibat terkena jangkitan kencing tikus.

Baik Punya Ah Long menampilkan Zizan Razak sebagai pelakon utamanya selain Carmen Soo, Aziz M. Osman dan ramai lagi.

Foto: Instagram Afdlin Shauki

IKLAN