Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat terharu atas sambutan peminat terhadap drama bersiri terbaru lakonannya, Cindai yang sudah pun bersiaran sejak minggu lalu.
Mendukung watak sebagai wanita bipolar bernama Cindai, penyanyi Better Than You ini turut menyifatkan wataknya kali ini bukan sesuatu yang mudah untuk dibawa.
Katanya kepada MH, banyak rujukan dan fokus perlu diberikan, sementelah ia banyak melibatkan mainan jiwa dan dalaman demi menyelami peranan sebagai Cindai.
“Jujurnya ia antara watak yang agak sukar untuk saya bawakan setakat ini. Saya tidak hanya perlu menjadi Cindai yang sering dibuli, rasa tersisih dan sebagainya, tetapi juga perlu lalui satu fasa hidup yang berlainan pula pada zaman dewasanya.
“Jadi ia perlukan penjiwaan yang lebih tambahan lagi ia turut mengetengahkan isu bipolar yang saya rasa ia pernah terjadi kepada kebanyakan daripada kita. Malah ada di antaranya yang menghidapi gangguan ini tanpa sedar.
“Kesannya, lama-kelamaan ia akan jadi lebih teruk hingga mengancam nyawa andai tidak mendapatkan rawatan sewajarnya,” katanya.
Ads
Pada masa sama, Ayda turut mengakui dia banyak melakukan rujukan dengan menonton video selain membawa informasi mengenai gangguan bipolar.
“Ada ketikanya saya menonton video menerusi YouTube selain membaca mengenainya. Bila difahami, ia sebenarnya ada dalam diri kita tinggal lagi ia serius atau pun tidak.
“Malah dalam kehidupan sehari-hari pelbagai tekanan yang dialami secara tak langsung juga mampu memberikan gangguan terhadap emosi. Bergantung kepada individu itu untuk bijak tangani atau sebaliknya.
Ads
“Boleh dikatakan, perasaan ini adalah seperti derita dalam senyap. Kalau tidak dirawat atau dikawal tak mustahil individu yang alami masalah ini akan melakukan hal yang bukan-bukan, termasuk cabut nyawa sendiri,” jelasnya lagi.
Gangguan bipolar adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan gangguan emosi yang ketara.
Hal tersebut berlaku apabila wujudnya kecelaruan emosi pada dua kutub yang berbeza di mana episod kemurungan dan episod gembira yang melampau dialami seseorang individu.
Ads
Perubahan emosi tidak stabil serta ketara inilah yang menyebabkan kesukaran dalam menjalani kehidupan harian.
Ia merupakan penyakit mental yang boleh berulang terutamanya jika tidak mengambil rawatan atau mengalami tekanan hidup.
Sementara itu, drama yang bersiaran selama 15 episod ini ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.
Selain Ayda, Cindai turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Catriona Ross, Niezam Zaidi dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Makcik gelang pink’ yang menjadi tular kerana ingkar arahan kuarantin dengan makan di sebuah kafe di Bandar Meru Raya, Ipoh baru-baru ini mengaku bersalah.
Memetik Berita Harian, wanita itu dijatuhkan hukuman penjara selama satu hari serta denda RM8,000 selepas didapati tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin di rumah, 6 Julai lalu.
Tertuduh, Nur Emah Mohamad Hashim, 72, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Nabihah Mohd Noor.
Terdahulu, media melaporkan gambar wanita terbabit mencetuskan tular di media sosial selepas dikatakan, sedang menikmati hidangan di sebuah medan selera, dalam keadaan memakai gelang kuarantin COVID-19 sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.
Pada 29 Julai lalu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain seperti yang dipetik Awani menjelaskan, pihaknya telah menghentikan siasatan berkaitan kes berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, siasatan tersebut akan diteruskan oleh JKN Perak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Petang semalam MH ada terima satu mesej daripada pengikut setia kami. Individu terbabit meminta kami untuk melihat akaun Instagram milik Izzue.
Menurutnya mengapa sejak akhir-akhir ini Izzue sering memuat naik gambar serta video bersama isterinya di atas katil.
Mungkin bagi sesetengah orang perkara ini biasa sebagai suami isteri, namun untuk seseorang yang bergelar selebriti dan menjadi ikutan ramai ia agak tidak manis untuk dilihat.
Menurutnya bukan sekali dua tetapi dah beberapa kali Izzue sering memuat naik gambar serta video ‘terlebih mesra’ dengan isterinya.
Melihat kata individu ini, MH segera ke akaun Instagram Izzue dan melihat sendiri apa yang dimaksudkan oleh individu ini.
Amboii bukan main lagi manja mereka berdua. Tidak dinafikan Izzue dan Awin, memang selalunya begitu.
Namun seperti biasa, ada juga segelintir netizen yang kurang selesa dan menganggap pasangan ini tidak perlu memuat naik momen-momen seperti ini serta ada juga beberapa individu mengambil kesempatan untuk kritik pasangan izzu.
Bagi MH, benda ni mudah. Kalau mereka rasa yakin dan tidak kisah dengan apa sahaja reaksi netizen jadi biarkan sahaja.
Tetapi janganlah marah jika ia menjadi kontroversi sebagai seorang selebriti seseorang itu harus bijak menapis apa yang patut dan tidak untuk dikongsikan pada pengetahuan umum, tak gitu?
Tetapi apapun MH memang suka tengok gelagat Izzue melayan isterinya. Memang sweet! Susah nak jumpa pasangan macam Izzue!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bak kata orang, apabila sudah berkahwin dengan seseorang, haruslah mencintai cara pemakanan tradisinya juga. Betul tak?
Begitulah situasi yang dilalui penyanyi, Akim Ahmad apabila dia perlu belajar cara menyediakan makanan tradisi orang Sabah iaitu ambuyat atau nantung.
Menerusi video Youtube Channel isterinya, Stacy Anam, pasangan ini sedang menyediakan makanan tradisi tersebut sambil berkongsi bahan-bahan yang diperlukan.
Video berdurasi 10 minit itu melihatkan Stacy sedang mengajar Akim cara penyediaan ambuyat.
Sekali gus, menjadikan anak kelahiran Johor itu berselera menikmati keunikan makanan tradisi Sabah.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat 15,000 tontonan selepas dimuat naik penyanyi lagu Kasanova ini beberapa jam lalu.
Malah, rata-rata peminat terhibur dengan kedua-dua pasangan ini.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 di Kota Kinabalu, Sabah.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Eshaal.
Mereka turut mempunyai anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 7 tahun.
Video : Youtube Channel Stacy Anam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sophia Albarakbah bakal bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu hadapan susulan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes buli siber dan gangguan seksual, baru-baru ini.