Sharnaaz Ahmad menerusi laman Instagram miliknya menyifatkan kedukaan yang berlaku dalam hidup tidak seharusnya menjadikan hidupnya sia-sia.
Bagaimanapun, ia dialihkan sebagai suatu pemangkin untuk lebih maju.
Pelakon Lelakimu Yang Dulu itu turut berkongsi beberapa keping foto terbaru selepas menjalani sesi latihan di gim selama beberapa bulan.
“Jika aku pilih untuk berduka dan meratapi, aku hanya akan buat hidup aku jadi sia sia.. jadi aku serap kedukaan dan jadikan itu bahan api untuk lebih maju dan istikomah.
Ads
“Ayuh menuju kejayaan.. Lemah bukan alasan..… We are born fighter,” tulisnya.
Pelakon Mira Filzah mengakui setakat ini masih belum ada apa-apa pelawaan rasmi daripada pihak MeleTop berkenaan dengan pemilihan hos baru bagi menggantikan pengacara bersama Nabil Ahmad, Neelofa.
Bintang Sweet Dreams itu memberikan respon sedemikian selepas ditanya media mengenai desas-desus namanya yang dikatakan turut disebut-sebut sebagai hos baru program berkenaan.
“Dari pihak saya tiada apa-apa lagi. Akan tetapi kalau dikatakan mengenai yang menyebut nama tu, its a good think. Mungkin orang boleh nampak sebab bukan senang untuk hos baru mengambil alih posisi sebelumnya di dalam program berkenaan.
“Malah, ia sudah pun punya satu branding yang sangat kuat. Jadi kalau tiba-tiba ada yang bangkit nama, maksudnya orang nampak akan potensi. Akan tetapi setakat ini masih belum ada apa-apa,” katanya memberikan penjelasan.
Sementara itu, Mira Filzah yang kini turut diangkat sebagai wajah wakilan pereka Rico Rinaldi bagi koleksi Rico Rinaldi Bridal 2020 turut menyifatkan tahun ini menjadi tahun sukses dalam kerjaya seninya.
Merakamkan rasa syukur atas sokongan yang diberikan, Mira Filzah turut mengakui tahun hadapan menjadi satu permulaan yang mencabar bagi dirinya.
“Tahun ini adalah tahun yang paling cemerlang bagi saya, alhamdulillah rezeki murah. Malah produk saya mendapat sambutan baik dari peminat, baik filem atau pun drama. Dapat juga raih anugerah alhamdulillah.
“Jadi bila sudah memasuki tahun cemerlang takut juga andai tahun 2020 akan ada harapan orang yang lebih besar. InsyaAllah untuk tahun depan saya ada sesuatu yang baru dan berbeza.
“Harapnya saya boleh harungi seterusnya tunjukkan apa yang boleh saya berikan lagi,” katanya kepada MH.
Pelakon jelita Izreen Azminda atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ada memuat naik beberapa keping foto di laman media sosial Instagram, beberapa hari lalu.
Menerusi posting tersebut, Izreen dilihat ada berkongsi momen ketika menyambut hari jadi dua anak tirinya.
Bukan itu, bintang berusia 34 tahun ini kelihatan sangat penyayang.
“Happy belated birthday untuk arish & happy birthday in advance untuk ariq,” tulisnya.
Berkongsi momen indah pada 1 Disember lalu, pelakon Aeril Zafrel memuat naik sepotong video yang memaparkan anak ketiganya, Ayya Soffya selamat dilahirkan di Pusat Perubatan Andorra Wanita & Kanak-Kanak, Shah Alam.
Memanjatkan rasa syukur, bintang filem 7ujuh itu gembira kerana sentiasa diberi peluang untuk menemani isterinya, Wawa Zainal di wad bersalin sepanjang ketiga-tiga kelahiran anaknya.
Namun, berbeza dengan kelahiran cahaya mata ketiga ini, Aeril diberi peluang memotong sendiri tali pusat anaknya itu.
"Alhamdulillah.. sepanjang wawa bersalin ketiga-tiga anak kami, saya sentiasa ada disisi memberi kekuatan pada dia. Tapi istimewanya kali ni.
"Sy diberi peluang utk potong tali pusat baby," tulisnya sambil disertakan video saat kelahiran Ayya.
Pelakon dan pengacara Janna Nick memohon orang ramai agar tidak terlalu menzahirkan rasa simpati terhadap dirinya dan suami, Dini Schatzmann, meskipun mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.