“Another Level,” – Selepas Faizal Tahir, Giliran Tok Ti Pula Sumbang Suara Dalam Video Masak Khairulaming Buat 2.5 Juta Pengikut IG!

Share

Video masakan Instafamous, Khairul Amin atau lebih sinonim dengan panggilan Khairulaming sering menjadi perhatian warganet lebih-lebih lagi ketika sambutan bulan Ramadhan.

Program yang diberi nama 30 Hari 30 Resepi itu memaparkan menu masakan ringkas yang dirangkumkan dalam video berdurasi satu minit lalu dimuat naik setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

Jika sebelum ini penyanyi, Faizal Tahir ada berkolaborasi bersama Khairulaming untuk menu Butter Milk Chicken kini giliran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pula menyumbang suara untuk video resepi terbaru iaitu Cheesecake.

“Cheesecake Tanpa Guna Oven featuring Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

“Terima kasih diucapkan kepada Tokti sebab sudi terima request saya.

“Terharu sangat,” tulisnya.

Menurut Khairulaming, dia berterima kasih kepada Datuk Seri Siti kerana sudi meluangkan masa untuk berkerjasama untuk video kali ini.

Video tersebut kemudiannya tular selepas meraih lebih 300,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen tidak sampai satu jam ia dimuat naik.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan para selebriti nyata teruja dengan kejutan video terbaru Khairulaming itu.

Terdahulu, program 30 Hari 30 Resepi ini telah pun memasuki tahun ke-3 dan kini menjadi antara program masakan yang sering dinanti-natikan netizen di media sosial.

Sumber: Instagram Khairulaming

IKLAN