Aktres versatil, Datin Seri Umie Aida mengejutkan ramai apabila secara terbuka memberi keizinan buat suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, untuk ‘tambah isteri’ daripada melakukan sesuatu yang tidak baik.

Pelakon filem Dukun itu memaklumkan hal tersebut menerusi Instagram, pada Sabtu.

Katanya lagi, dia yang ketika itu baru saja bangkit daripada tidur dan memberitahu perkara tersebut kepada suaminya.

IKLAN

“Pagi ni me bangun tido .. tetiba me cakap kat abg.. jgn buat perkara tak elok , kalau nak terus kahwin. Me izinkan. Terkejut beruk abg.. dia ckp me merepek!,” tulis Umie.

Meski dianggap sebagai suatu hal merepak daripada suaminya, namun pelakon berusia 45 tahun itu turut mengakui dia bukanlah isteri yang sempurna.

“Me ckp me tahu me bukan isteri yg sempurna. Hmm.. entahlah .. kenapa & mengapa me bole ckp begitu. Tapi YES .. me izinkan.. dan me nak abg tahu itu. Mood gerhana bulan kot…,” kongsinya lagi.

Bagaimanapun, entri yang dimuat Umie itu mendapat respon pelbagai daripada netizen.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/BlwjcJvDjOM/?hl=en&taken-by=umieaida9

Ada yang terkejut dengan kenyataan yang dibuat Umie, termasuk rakan selebriti.

IKLAN

Foto: Instagram Umie Aida

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI