“Anak Perempuan Kami Selamat Dilahirkan,”- Khai & Rosma Selamat Timang Anak Ketiga, Sedap Namanya!

Share

Terbaru penyanyi dan usahawan Khai atau nama sebenar Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.

Bintang kelahiran Akademi Fantasia musim pertama itu telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cahaya matanya yang ketiga telah selamat dilahirkan.

“Good Morning Semua… Syukur Alhamdullillah… Anak perempuan kami “Nur Alya Dhania” selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48pm berat 2.8kg.”

“Terima kasih diatas doa kalian semua…Dalam bln April ada 3 tarikh penting buat saya. 11April (Harijadi Dhania), 16April (Harijadi Rosma) & 26April (Anniversary kami)”tulisnya.

Anak perempuan kepada pasangan itu telah selamat dilahirkan semalam pada 1.48pm dan berat bayi tersebut 2.8kg.

Pasangan itu telah memberikan nama Nur Alya Dhania kepada anak itu.

MH ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

Terdahulu, Khai dan Rosma telah mendirikan rumah tangga pada April 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 10 dan Nur Amani Damia, 5.

Foto : Instagram Khai

IKLAN