Ammar Alfian Dedah Wajah Anak Usia 2 Hari, Sepakat Pilih Nama Kyro Shakur!

Share

Pelakon Ammar Alfian mendedahkan wajah bayi sulungnya yang diberi nama Kyro Shakur.

Perkara itu diumumkan bintang filem Paskal The Movie itu menerusi Instagramnya.

“I pledge my life to you. My son. Kyro Shakur,” tulis Ammar sambil mengendong anaknnya dengan berlatarbelakangkan foto hitam-putih.

Sementara itu, menerusi Insta Storiesnya, Ammar memuji semangat isterinya, Nelissa sepanjang tempoh hamil hingga selamat melahirkan anak.

“Wanita paling kuat yang saya pernah kenali. Kamu telah melakukan bahagian kamu sehabis baik dan sekarang tiba giliran saya. Saya cintakan kamu berdua,” tambah Ammar.

Terdahulu, Nelissa selamat melahirkan Kyro pada 31 Julai lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.

Foto : Instagram Ammar Alfian/ Nelissa

IKLAN