Spekulasi mula tular apabila Amira memuat naik sekeping fotonya bersama penyanyi yang popular dengan lagu Bayang Khai Bahar di laman Instagramnya.

Rata-rata peminat bersangka bahawa ada sesuatu antara mereka dan mula timbul desas-desus mengatakan penyanyi dan pelakon Amira, 24, sedang bercinta dengan Khai Bahar, 23.

Dalam foto yang dimuat naik Amira mereka dilihat duduk bersebelahan dalam satu majlis yang berlangsung pada bulan lalu.

Ads

Amira Othman Panggil Khai Bahar, Adik

Menurut laporan mStar online, Amira bagaimanapun berkata dia hanya menganggap Khai sebagai adik dan tidak lebih daripada itu.

Ads

“Saya gelar diri saya kakak dan panggil dia adik. Jadi, tak mungkin kami ini sedang bercinta.

“Bagi saya, rezeki bukan datang selalu dan cinta itu boleh hadir kemudian,” katanya.

Tambah pelantun lagu Jaga-Jaga ini lagi, dia tidak tahu bagaimana gosip itu timbul memandangkan dia dan Khai tidak pernah berhubung secara rapat kerana mereka hanya bertemu ketika di majlis atau acara hiburan sahaja.

“Kebetulan saja tempat duduk saya ketika itu bersebelahan dengan ibu dan bapa Khai. Bukan saya yang menentukan tempat itu. Saya ada dengar juga gosip ini tapi rasa kelakar pula.

“Sebenarnya saya tidak terfikir langsung untuk berkahwin, tunggulah apabila tiba usia 27 atau 28 nanti.

­

“Saya juga tidak berniat untuk bercinta lama-lama kerana sebagai perempuan ia boleh mendatangkan kerugian sekiranya lelaki itu bukan jodoh kita,” katanya.

Amira memberitahu dia tidak berhajat mencari pasangan hidup dalam industri yang sama kerana dia seorang yang cepat cemburu.

Ads

Amira Othman Panggil Khai Bahar, Adik

Sumber:mStar online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI