Penyanyi dan pelakon Amira Othman mengakui tidak mudah untuknya menempatkan diri di dalam bidang seni meskipun bakat seninya dicungkil dari program Akademi Fantasia yang mendapat perhatian peminat dunia hiburan.

Berdepan persaingan daripada bakat baru yang tampil dengan kebolehan yang tidak kurang hebatnya menjadikan Amira sentiasa mencari peluang berbeza untuk mengembangkan bakat seninya.

IKLAN

Tidak sekadar dalam nyanyian, tetapi dia yang pernah bergelar pengacara program bual bicara Nasi Lemak Kopi O ini juga mahu lebih serius dalam lakonan.

IKLAN

“Selepas bintangi drama Abang Bomba I Love You tahun lalu, saya dapat banyak tawaran lakonan dan ia peluang terbaik saya kembangkan bakat dalam bidang lakonan pula.

 

“Meskipun nyanyian keutamaan saya, namun saya anggap lakonan platform saya belajar benda baru dan mendedahkan diri kepada cabaran lebih besar kerana lakonan bukan bidang saya,” akuinya jujur.

Meskipun lakonan pertamanya menerusi drama tersebut mendapat kritikan hebat daripada peminat, anak kelahiran Skudai, Johor ini tidak pernah patah semangat apatah lagi untuk serik mencuba nasib.

IKLAN

“Saya lahir program realiti TV dan sudah biasa berdepan kritikan, malah saya sedar lumrah di mana bukan semua kita lakukan itu disukai orang.

 

“Bagaimanapun, saya sentiasa terbuka terima pendapat orang kerana saya sedar tidak semua kritikan menjatuhkan, sebaliknya jika kita ambil dengan cara positif, insya-ALLAH ia bantu kita jadi lebih baik.

 

“Memang saya akui lakonan pertama saya banyak kelemahan, namun ia tidak pernah jadikan saya serik berlakon lagi,” jelasnya yang bakal muncul dalam telefilem raya Abang Bomba I Love You.

Biarpun melebarkan sayap ke bidang lakonan, Amira yang juga pemegang Diploma Muzik UiTM Shah Alam ini menegaskan, keutamaannya tetap dalam bidang nyanyian kerana minat dan kecenderungannya lebih kepada muzik.

“Memang saya tidak nafikan selepas muncul drama tersebut, ramai peminat mahu saya berlakon lagi, namun banyak benda harus saya pertimbangkan kerana tumpuan utama saya adalah nyanyian.

 

“Insya-ALLAH selepas raya nanti, saya  kembali berlakon di mana saya akan memulakan penggambaran selepas beberapa kali terpaksa menolak tawaran kerana terikat komitmen lain,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI