Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman bakal bergelar pasangan suami isteri hari ini.
Sebelum menamatkan zaman anak dara, Amira difahamkan bakal mengadakan majlis khatam al-Quran di sebelah pagi 14 September sebelum diteruskan dengan ijab kabul di sebelah malam.
Terbaharu, video rehearsal majlis khatam al-Quran Amira yang dikongsikan di Instagram Stories pendakwah terkenal, Ustazah Asni Mansor menyorot perhatian ramai.
Malah ada yang memuat naik kembali momen sekitar majlis rehearsal terbabit di laman sosial Threads yang sekali gus dan mendapat maklum balas positif warganet.
Ads
Majlis Kahwin ‘Live’ Di TV
Sebelum ini, pelakon Fattah Amin mencuri perhatian apabila membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira Othman bersama adiknya, Irfan Haris, berjudul Rasa & Takdir pada Isnin lalu.
Ads
Menerusi acara itu, Fattah akhirnya mendedahkan mengenai status hubungan mereka berdua selain turut berkongsi tarikh perkahwinan mereka.
Dalam pada itu, Unifi TV bakal menayangkan secara eksklusif majlis ijab kabul pasangan ini secara langsung pada 14 September, jam 8 malam, menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di Saluran Inspirasi (118).
Ads
Terdahulu, desas-desus mengenai spekulasi yang mendakwa Fattah bakal menamatkan zaman solonya dalam masa terdekat tular di media sosial sekali gus menyorot perhatian ramai pihak.
Lebih 50,000 pengunjung hadir memeriahkan Kelate Charity Festival (KCF) 2025 yang dianjurkan bersama Madoo Bee, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan HMS Maju Group, sekali gus melabuhkan tirainya baru-baru ini.
Penganjuran KCF 2025 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan dari 17 hingga 20 September lalu membuktikan peranan festival ini bukan sahaja penting dalam meringankan beban golongan asnaf, tetapi juga membuka peluang jana pendapatan serta mengangkat seni budaya.
Dengan slogan ‘Kasih Disemai, Rezeki Dikongsi, Budaya Kelate’, Pengarah Eksekutif KC Fest, Muhammad Kamal Azmi Mohd Rasdin meluahkan rasa syukur atas kejayaan penganjuran kali pertama ini.
“Sambutan yang amat hebat sepanjang festival berlangsung. Alhamdulillah, walaupun ini KCF ini kali pertama dianjurkan, sasaran 50,000 ribu malah lebih pengunjung berjaya dicapai.
“Rata-ratanya berpuas hati, enjoy dan tak dapat melupakan banyak kenangan manis apabila datang ke KCF Fest.
“Selain itu, para peniaga yang menyertai KCF ini semuanya berpuas hati dan mahu menyertai kami lagi pada tahun depan.
“Alhamdulillah, mereka nampak impak KCF ini yang boleh membantu mereka menjana pendapatan dan memperkenalkan lagi produk yang dibawa,” katanya, dalam satu kenyataan.
Sebagai pengasas Madoo Bee, Kamal Azmi turut menzahirkan rasa syukur apabila hasrat membantu golongan asnaf tercapai.
Seramai 500 orang asnaf dengan sumbangan wang tunai daripada penaja utama iaitu Maybank, Bank Muamalat dan Agro Bank.
“Alhamdulillah, saya bersyukur apabila KCF berjaya mencapai matlamatnya untuk meringankan golongan asnaf.
“Saya harap tahun depan lebih banyak bank atau mana-mana agensi tampil untuk membantu golongan asnaf. Untuk tahun depan, kami bercadang mahu membantu lebih ramai, mungkin dalam 1500 orang.
“Seperti mana yang pernah saya nyatakan sebelum ini, matlamat utama festival ini adalah untuk menggerakkan semangat kebajikan dan kesatuan rakyat di mana kita mahu sampaikan mesej bahawa rezeki boleh dikongsi, kasih sayang boleh disemai dan budaya boleh terus dipelihara.
“Dana festival ini yang diperoleh daripada sewaan gerai jualan dan penjualan pakaian akan disumbangkan ke tabung khas,” katanya lagi.,
Sementara itu, penyanyi Ameng Spring yang turut terlibat sebagai antara penyanyi yang membuat persembahan menyifatkan acara ini sebagai festival yang terbaik pernah dianjurkan di Kelantan.
“Bagi saya ini adalah satu festival yang sangat besar dan mempunyai banyak elemen. Misalnya, mana-mana acara atau festival perlu ada artis.
“Kalau tak ada artis, acara jadi tak hidup. Jadi penganjur perlu cari artis yang sesuai untuk festival.
“Misalnya untuk acara ini, mereka membawa ramai artis popular dan hebat. Sudah tentu, ia memberi impak positif kepada para pengunjung.
“Saya tengok KCF 2025 ini paling ‘dahsyat’ setakat ini di Kelantan. Bukan sahaja dari segi persembahan artis untuk sesi petang dan malam, malah setiap apa yang ditampilkan, semuanya boleh dipuji dan bagi saya sangat berjaya,” katanya.
Ameng menghiburkan pengunjung dengan lagu Romantis, Bougainvilla, Pesanan Buat Kekasih, Sampai Hati, Sejiwa dan Sejujur Mana Kata-Kata.
Selain Ameng, barisan artis yang turut menjayakan persembahan termasuk Datuk Awie, Nash, Faizal Tahir, Senario, Caliph Buskers, Aris Ariwatan dan ramai lagi.
Bukan itu sahaja, sebanyak 1,111 pendikir barat bersama 20 penyanyi dan tukang karut menghiburkan pengunjung.
Turut berlangsung, program Selawat Perdana yang menghimpunkan 1,111 peserta selawat, diserikan dengan perkongsian ilmu oleh Ustazah Asma’ Husin serta artis jemputan Angeline Tan.
Acara kemuncak, Kelate Charity Walk, turut disertai Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra yang berkenan turun padang berjalan bersama rakyat.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia perfileman antarabangsa kehilangan seorang lagi legenda apabila aktor dan pengarah tersohor Hollywood, Robert Redford disahkan meninggal dunia pada usia 89 tahun.
Mendiang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Sundance, Utah semalam, dikelilingi ahli keluarga terdekat. Kenyataan rasmi wakilnya memaklumkan Redford meninggal dunia dalam tidur, namun punca kematian tidak diperincikan.
Sepanjang lebih enam dekad berkarya, Redford dikenali menerusi filem-filem klasik termasuk Butch Cassidy and the Sundance Kid, The Sting, All the President’s Men dan The Way We Were.
Beliau kemudian membuktikan keupayaan sebagai pengarah apabila karyanya Ordinary People pada 1980 meraih trofi Oscar bagi kategori Pengarah Terbaik.
Selain cemerlang di layar perak, Redford memberi sumbangan besar kepada pembangunan sinema bebas apabila menubuhkan Sundance Institute dan menganjurkan Sundance Film Festival yang sehingga kini menjadi medan penting melahirkan generasi baharu pengarah filem.
Dedikasinya terhadap seni turut seiring dengan perjuangan beliau dalam isu alam sekitar serta kebebasan bersuara.
Dalam kehidupan peribadi, Redford pernah mendirikan rumah tangga bersama Lola Van Wagenen pada 1958 dan dikurniakan empat cahaya mata. Redford kemudian berkahwin dengan artis kelahiran Jerman, Sibylle Szaggars yang menemaninya sehingga ke hujung hayat.
Pemergiannya mendapat reaksi pilu daripada rakan seangkatan. Jane Fonda menyifatkan dirinya tidak henti menitiskan air mata atas kehilangan sahabat lama itu, manakala Meryl Streep menggelarnya sebagai “singa besar” yang telah pergi.
Industri hiburan menyifatkan Redford sebagai figura berjiwa seni yang menghubungkan antara dunia komersial dan sinema bercita-cita tinggi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, iaitu Danish Hakim, enggan mengulas panjang mengenai khabar angin yang mendakwa rumah tangga adiknya, Marissa Dania bersama Ahmad Aslam kini sedang bergolak.
Menurut Danish, meskipun ramai melihat hubungan mereka rapat, namun pada ketika ini dia dan Marissa sudah mempunyai kehidupan masing-masing.
“Biarlah saya jawab secara padat dan ringkas. Saya sebenarnya banyak tak tahu mengenai hal adik saya.
“Walaupun kami ini adik beradik dan ramai lihat kami rapat, tapi kini dia sudah ada kehidupan sendiri. Begitu juga dengan saya.
“Lagipun, Marissa juga seorang perahsia. Jadi, saya banyak tak tahu. Walaupun sebagai abang, saya memang kena ambil tahu tapi inilah hakikatnya,” katanya kepada MH.
Danish berkata demikian ketika ditemui di acara Viu Royal Night yang berlangsung di W Factory Event Space, Shah Alam, pada Khamis.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu memberikan tekanan kepada Marissa dan menyerahkan kepada orang lebih dewasa untuk memberi nasihat.
“Sudah tentu saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Marissa dan ahli keluarga yang lain.
“Kami memang selalu berjumpa tapi ada perkara yang kita tidak bercerita terlalu dalam.
“Ada perkara yang kita simpan sendiri. Mengenai hal rumah tangga, dia jarang berkongsi dengan saya. Kalau boleh, saya pun tak mahu masuk campur kerana ini hal sensitif.
“Saya pun tak nak rosakkan kesihatan mentalnya. Saya memang bersimpati dengan apa yang dia lalui. Buat masa sekarang, saya hanya mampu doakan yang terbaik.
“Pada saya, ada orang yang lebih baik dan layak untuk menasihati Marissa seperti ibu dan bapa saya. Sebagai abang, saya juga sentiasa menyokongnya dari belakang,” ujarnya.
Dalam masa sama, Danish memohon agar semua pihak menghormati privasi Marissa, terutama membabitkan isu rumah tangga.
“Saya tahu mengenai status mereka tapi dari pihak saya, tapi saya tak boleh nak dedahkan. Kena tanya Marissa sendiri. Takutnya nanti saya pula dikata memandai-mandai,” kongsinya lagi.
Mengulas tentang keluarganya yang sering menjadi perhatian umum, Danish mengakui sudah terbiasa dengan situasi itu.
“Pada awalnya, saya memang mudah terasa bila orang bercakap mengenai keluarga saya. Namun, dari masa ke semasa, saya kena terima bahawa ini realiti kehidupan saya.
“Lama-kelamaan, saya sudah terbiasa dan anggap ia seperti makanan harian. Ia sudah tidak menjadi hal sangat. Apa nak jadi, jadilah.
“Pergi mana-mana pun orang memang kenal saya ini anak Norman Hakim dan Abby Abadi,” akhirinya.
Terdahulu, Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam sebagai isteri kedua selepas mereka berkahwin di Songkla, Thailand, pada Disember 2023.
Ketika itu, Aslam sudah pun memiliki seorang isteri, Umisya, serta tiga cahaya mata.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak anda terfikir, pada saat menjalani kehidupan yang tenang dan bahagia, tiba-tiba segalanya berubah menjadi kacau bilau hanya kerana berada di tempat dan waktu yang salah?