Ameera Khan Mula Pakai Baju Longgar & Bertudung, Semua Doakan Yang Baik-Baik! – “Semoga Allah Sentiasa Memilihmu Adikku Sayang.”

Share

Satu perkongsian foto daripada adik selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan mencuri perhatian wargamaya.

Di dalam ramai yang bakal memberikan tumpuan buat kakaknya yang bakal mendirikan rumah tangga esok sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak, penampilan terkini bintang media sosial itu nyata mencuri pandang.

Mengenakan tudung dalam rona pastel lengkap dengan kemeja putih yang longgar, Ameera menerusi Insta Story menulis kapsyen, ‘first day of my new journey. Finally feel so at peace and complete. Alhamdulillah.’

Lalu, menerusi ruangan komen pada foto tersebut, rata-rata menyambut baik posting berkenaan, selain ada yang mulai membayangkan pemilik nama lengkap Nur Ameera Khan itu kini sudah mulai berhijab.

Malah Neelofa sendiri ada meletakkan emoji berbentuk hati pada ruangan komen serta memberikan respon positif di Insta Story.

“Alhamdulillah syukur… Semoga Allah sentiasa memilihmu adikku sayang,” tulis Neelofa selain meminta ramai mendoakan Ameera selalu.

Sementara itu, pengguna Instagram turut memuji kecantikan remaja berusia 21 tahun sekaligus mendoakan agar dirinya terus istiqamah menjadi insan yang lebih baik.

Foto: Instagram Ameera Khan, Neelofa

IKLAN