Ambulans Dirempuh Kereta Enggan Henti Di Simpang

Share

Tular di media sosial baru-baru ini sebuah ambulans yang sedang dalam perjalanan untuk mengambil pesakit dirempuh sebuah kereta yang enggan berhenti di lampu isyarat Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam.

Kemalangan itu sempat dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya menggunakan kamera papan pemuka (Dashcam).

Dilaporkan, ambulan terbabit yang datang dari arah Pusat Perniagaan Gemilang sedang menuju ke rumah pesakit di Taman Merak, Simpang Ampat kira-kira jam 8.15 pagi.

Kejadian berlaku apabila seorang pemandu kereta yang datang dari arah kiri tidak memberikan laluan kepada ambulan tersebut hingga menyebabkan berlaku rempuhan di tengah persimpangan lampu isyarat tersebut.

Akibat rempuhan itu menyebabakan ambulans kemudiannya melanggar pula sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat dari arah yang bertentangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid hanya seorang seorang penunggang motosikal cedera manakala pemandu ambulan dan pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah beliau lagi, ambulan milik pusat perubatan swasta itu dikatakan tidak memberhentikan kenderaannya ketika lampu isyarat berwarna merah.

Dalam pada masa yang sama, seorang pemandu kereta yang datang dari arah kiri tidak memberikan laluan kepada ambulan tersebut hingga menyebabkan berlaku rempuhan di tengah persimpangan lampu isyarat terbabit.

Susulan daripada rempuhan tersebut, dua buah motosikal yang dilanggar mengalami kerosakan selain penunggangnya cedera dan terpaksa pula dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk menerima rawatan susulan.

Kes itu disiasat di bawah Peraturan 17 LN167/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 manakala mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan di hospital.

 

Sumber : Astro Awani

IKLAN