Pasangan selebriti, Amar Baharin,32, dan isterinya, aktres Amyra Rosli,26, telah mengumumkan bahawa mereka bakal mendapat anak sulung lelaki, menerusi majlis baby shower mereka yang telah diadakan di HappiKiddo, Kuala Lumpur, petang tadi.

Turut hadir bagi meraikan pengumuman istimewa tersebut ialah jemputan khas, sahabat dan rakan media.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini telah pun diijabkabulkan pada 11 November 2016 lalu di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

IKLAN

“Usia kandungan saya sudah pun mencecah minggu yang ke-33, tinggal berapa minggu sahaja lagi. Perasaan bercampur baur tetapi lebih pada rasa teruja. Insya-Allah, kami akan bergelar ibu dan pada penghujung Oktober depan.

 

“Terima kasih buat media dan rakan penaja untuk majlis ini,”katanya sambil ditemani suami di sisi.

Pada masa sama, Amar turut melahirkan rasa gembira dan terujanya apabila sering berkongsi pengalaman ketika Isterinya hamil di media sosial, khasnya Instagram.

IKLAN

“Setiap lelaki yang bakal jadi bapa pun pasti akan teruja dan yang bestnya, Amyra ni bukan jenis yang susah nak dijaga, tidak banyak meragam dan jarang idam yang bukan-bukan,”seloroh Amar.

Tahniah buat Amar dan Amyra dari MH Online!

IKLAN

Tahniah Amar dan Amyra bakal dapat baby boy!

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Teks oleh: Rafiq Mazlan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI