Bekas personaliti televisyen, Datin Seri Normala Samsudin menzahirkan rasa syukur selepas anak perempuannya, Ruhila Roslan selamat melahirkan cahaya sulung pada Khamis.

Menurut Normala, dia sememangnya amat teruja diatas kelahiran bayi lelaki tersebut kerana kini dia bakal bergelar seorang nenek.

“Amanah Kiriman Allah Dari Syurga,” – Timang Cucu Sulung, Indah Nasihat Normala Samsudin Buat Anak & Menantu “Amanah Kiriman Allah Dari Syurga,” – Timang Cucu Sulung, Indah Nasihat Normala Samsudin Buat Anak & Menantu

“Alhamdulillah, sujud syukur atas segala-galanya Ya Allah. Terima kasih atas doa-doa kalian.

“Ruhila selamat melahirkan ‘baby boy’ (bayi lelaki), dan rasmilah saya sebagai Tok Mama,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Gerak Khas itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Amanah Kiriman Allah Dari Syurga,” – Timang Cucu Sulung, Indah Nasihat Normala Samsudin Buat Anak & Menantu “Amanah Kiriman Allah Dari Syurga,” – Timang Cucu Sulung, Indah Nasihat Normala Samsudin Buat Anak & Menantu

IKLAN

Menerusi entri berasingan, Normala turut menitipkan nasihat dan kata-kata semangat buat anak serta menantunya itu terus berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik.

“Amanah kiriman Allah SWT dari syurga. Setiap kelahiran insan sudah tersurat dan tersirat. Amanah berat tanggungjawab Ibu dan Ayah.

“Setiap kepayahan itu pasti ada kesenangan dalam menjaga dan mendidik hingga menjadi anak berjaya dunia akhirat.

“Moga jadi anak ya g Solleh, Aamiin. Moga kita menjadi ibu ayah yg di redhaiNya,” kongsinya lagi

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Normala sekeluarga.

IKLAN

“Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah.

“Alhamdulillah, tahniah Tok Mama.

“Congrats Ruhila dan Tok Mama. Best la lepas ni dapat main dengan cucu.

“Tahniah Tok Mama yang masih anggun dan aktif.

IKLAN

“Tahniah. Semoga anak dan cucu sihat sejahtera,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Amanah Kiriman Allah Dari Syurga,” – Timang Cucu Sulung, Indah Nasihat Normala Samsudin Buat Anak & Menantu “Amanah Kiriman Allah Dari Syurga,” – Timang Cucu Sulung, Indah Nasihat Normala Samsudin Buat Anak & Menantu “Amanah Kiriman Allah Dari Syurga,” – Timang Cucu Sulung, Indah Nasihat Normala Samsudin Buat Anak & Menantu

Ruhila dan suaminya, Majid Nazli melangsungkan pernikahan dalam majlis serba sederhana ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari tahun lalu.

Sementara itu, anak lelakinya, Ashraf Roslan pula melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Hilyati pada 1 Jun tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Normala Samsudin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI