Ads

Alyah Pesan Jangan Menipu, Fahami Tujuan Sebenar ‘Potong Perut’; “Kalau Buat, Cakap Saja Buat.”

Pembedahan bariatrik atau lebih dikenali sebagai ‘potong perut’ kini semakin menjadi pilihan sebagai kaedah klinikal untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Bukan sekadar untuk kecantikan, pembedahan ini turut membantu mengurangkan risiko penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

Namun, timbul kebimbangan apabila terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan mengeluarkan produk pelangsingan badan dan menipu pengguna demi melariskan jualan.

Bagi penyanyi Datin Alyah, yang turut menjalani pembedahan bariatrik tiga tahun lalu, menasihatkan agar semua pihak jujur dalam setiap tindakan.

“Kalau buat bariatrik, jangan tipu. Cakap saja buat. Ada yang kurus sebab jalani pembedahan bariatrik, tetapi dakwa dirinya diet dan amalkan suplemen. Tak baik menipu macam itu,” katanya yang tidak menyentuh mana-mana pihak.

Isteri kepada maestro muzik Datuk Ramli MS itu sebelum ini menjalani prosedur tersebut bagi merawat masalah gastrik serius yang dihadapinya sejak sekian lama, sehingga menyebabkan berat badannya meningkat sebanyak 18 kilogram (kg).

“Pembedahan itu bukan sahaja mengatasi masalah gastrik, tetapi juga mengurangkan risiko saya mengalami masalah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi atau kolesterol pada masa akan datang.

“Kalau nak buat bariatrik, kena minta nasihat dua atau tiga doktor. Kadang-kadang mereka mempunyai pendapat berlainan, kemudian baru kita fikir apa yang terbaik.

Ads

“Susah nak cakap. Kadang-kadang semua ini nasib. Ada yang buat bariatrik dan patuh arahan doktor, alhamdulillah tiada komplikasi berlaku.

“Dalam masa sama, terdapat juga yang sangat berdisiplin ikut arahan doktor, tapi tetap mengalami komplikasi. Ia bergantung kepada nasib juga sebenarnya,” katanya lagi.

Alyah Pesan Jangan Menipu, Fahami Tujuan Sebenar ‘Potong Perut’; “Kalau Buat, Cakap Saja Buat.”Alyah Pesan Jangan Menipu, Fahami Tujuan Sebenar ‘Potong Perut’; “Kalau Buat, Cakap Saja Buat.”

Dr Afif: “Jangan Tipu Sebab Nak Jual Produk”

Alyah Pesan Jangan Menipu, Fahami Tujuan Sebenar ‘Potong Perut’; “Kalau Buat, Cakap Saja Buat.” Alyah Pesan Jangan Menipu, Fahami Tujuan Sebenar ‘Potong Perut’; “Kalau Buat, Cakap Saja Buat.”

Sementara itu, doktor perubatan Dr Afif Mohd Ridzwan turut berkongsi pandangannya mengenai isu ini. Beliau sering menerima kunjungan pelanggan yang mahu mendapatkan nasihat tentang pembedahan bariatrik.

Ads

“Saya menerima ramai pelanggan klinik yang bertanyakan tentang bariatrik. Sebagai doktor, saya sampaikan maklumat yang betul dan mengakui kaedah ini amat bagus dalam penjagaan kesihatan.

“Cuma nasihat saya, apabila ada yang nak kurus sebab nak jual produk pelangsingan, saya tidak setuju dengan tindakannya.

“Nak buat bariatrik untuk kesihatan, itu dah bagus. Tapi apabila ada niat mahu jual produk turunkan berat badan selepas dirinya kurus, itu tidak patut.

@Bagi saya, jangan tipu orang lain mengatakan dirinya kurus sebab ambil mana-mana suplemen, sedangkan dia buat bariatrik,” katanya.

Dr Afif, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, turut menegaskan bahawa pembedahan bariatrik perlu dilakukan atas alasan yang munasabah.

Ads

“Selalunya orang yang layak untuk jalani bariatrik adalah mereka yang mempunyai BMI (Indeks Jisim Tubuh) 40 ke atas.

“Ada juga yang mempunyai BMI 35 hingga 40 tetapi menghidap kencing manis, darah tinggi yang teruk, obesiti dan Obstructive Sleep Apnea (OSA), mereka boleh jalani bariatrik.

“Selain itu, bagi mereka yang mempunyai BMI 35 ke bawah, namun tak boleh kawal nafsu makan sedangkan nak kurus, mereka juga layak untuk buat bariatrik.

“Tak kisahlah apa kategori sekalipun, mereka perlukan nasihat dan kebenaran dari pasukan bedah bariatrik.

“Golongan yang tak layak untuk bariatrik adalah mereka yang gemuk tetapi mempunyai masalah mental, ketagihan minuman alkohol, ada penyakit kritikal atau terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Bukan itu sahaja, mereka yang berminat untuk buat bariatrik tetapi sedar diri tak boleh ikut saranan doktor, baik lupakan sahaja hasrat itu,” tambahnya lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.